Anak rela pindah sekolah demi persekitaran baharu

Iklan
Pelajar kelihatan teruja dan seronok di hari persekolahan sesi baharu.

Pemindahan anak-anak ke sekolah bukanlah satu keputusan yang mudah, lebih-lebih lagi apabila sudah selesa di institusi pendidikan yang lama.

Ini kerana pelajar sudah mula mengenali rakan-rakan, guru-guru dan juga persekitaran sekolah yang kondusif.

Iklan
Iklan

Namun, berdasarkan perkongsian seorang ibu, Norazlina Mohd Rashid, 43, anak lelakinya secara sukarela meminta dipindahkan ke sekolah baharu demi menikmati persekitaran baik.

Norazlina

Ibu yang juga seorang guru memaklumkan anaknya meminta untuk dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Rinching kepada SK Taman Pelangi Semenyih.

Iklan

"Saya juga guru di SK Bandar Rinching dan yang peliknya anak saya minta pindah ke sini.

"Dia kata kepada saya mahukan persekitaran baharu dan tidak mahu satu sekolah dengan saya,” katanya secara eksklusif bersama Sinar Bestari selepas menghantar anaknya di sekolah.

Iklan

Ditanya mengenai infrastruktur sekolah baharu, Norazlina memberitahu bahawa sekolah tersebut lengkap dengan meja belajar dan kerusi baharu sekali gus pihak pentadbiran menyediakan kelengkapan dalam kelas.

"Saya tengok sekolah baharu sangat cantik dan saya gembira anak saya memulakan sesi persekolahan dengan baik.

"Persekitaran sekolah baharu ini juga bagus, murid dalam satu kelas juga tidak ramai.

"Jadi, mudahlah untuk guru beri didikan dan fokus kepada murid-murid di setiap kelas,” katanya.