Guru Tingkatan 6 SMK Matang Jaya meninggal dunia. 'Mendiang sangat baik & suka menasihati para pelajar'

Iklan
Cikgu Magdalena baru sahaja meninggal dunia pada Selasa (18 Februari). Foto: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Khabar duka mengenai pemergian Guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, Kuching, Sarawak, Cikgu Magdalena Agan telah dikongsi di Facebook mereka pagi Rabu.

Menerusi info itu, mendiang dilaporkan baru sahaja meninggal dunia pada Selasa (18 Februari).

Iklan
Iklan

"Sekolah kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan serta amanah.

"Semoga mendiang bersemadi dengan aman," catat hantaran tersebut.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati warga maya turut berduka dengan berita sedih berkenaan.

"Salam takziah kepada keluarga mendiang."

Iklan

"Berehatlah madam."

"Salam takziah kepada keluarga Cikgu Mag."

"Orang yang sangat baik. Suka menasihati para pelajar. Terima kasih madam. Berehatlah dengan tenang."

"May her soul rest in peace. Condolences to the family."

"Guru yang sangat cemerlang di sekolah."