Sempena pembukaan sesi persekolahan 2025/2026, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan menggariskan lapan amanat penting kepada semua pemegang taruh iaitu pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah serta masyarakat setempat.
Beliau berkata, lapan keutamaan itu termasuk menangani isu keciciran murid, mengukuhkan kepimpinan pendidikan Madani, meningkatkan profesionalisme guru serta memperkasa penguasaan literasi dan numerasi murid.
"Usaha juga akan tertumpu kepada memastikan kesejahteraan sekolah, membentuk Generasi Madani yang holistik, mengukuhkan pencapaian pentaksiran antarabangsa dan mereformasi sekolah untuk kecemerlangan.
"Dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan, KPM turut memperkenalkan pendekatan baharu dengan mengkategorikan sekolah kepada tiga jenis iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi, dan Sekolah Inspirasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada Jumaat.
Tambah Azman, langkah tersebut bertujuan memastikan setiap institusi pendidikan menerima intervensi dan sokongan yang bersesuaian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
"KPM juga sedang merancang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027 yang memberi tumpuan kepada fleksibiliti, kontekstual dan keperluan teknologi bagi memastikan pendidikan negara kekal relevan dan berdaya saing pada masa hadapan.
"Dalam aspek pemantauan, sistem seperti SKPM Kualiti@Sekolah, School Support Tracker (ScST) dan Dialog Prestasi akan digunakan bagi menilai keberkesanan reformasi serta memastikan pelaksanaan tindakan intervensi yang lebih efektif,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azman berkata, KPM turut menggariskan lima prinsip utama sebagai panduan pelaksanaan reformasi, iaitu berasaskan data, daya tahan, berorientasikan keberhasilan, pandu arah dan kecekapan sumber.
"Kepimpinan institusi pendidikan juga digesa untuk mengutamakan nilai adab, sahsiah dan penggunaan data dalam menguruskan sekolah demi mencapai matlamat pendidikan berkualiti.
"Semua warga pendidikan diseru untuk terus berganding bahu dalam merealisasikan agenda reformasi pendidikan negara demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Kehadiran warga pendidik di majlis ucapan amanat Ketua Pengarah Pendidikan

Azman
Iklan