Inisiatif pelajar MSU pelihara alam sekitar

Iklan
Pelajar MSU bersama penduduk PPR Lembah Subang 2, Selangor yang telah memilih pokok pilihan masing-masing.

Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) telah melaksanakan program kelestarian alam sekitar, projek MyO2: From Oil to Oxygen.

Kempen tahunan sejak 2019 itu, bagi mempromosi aktiviti kitar semula minyak masak terpakai dan menjana pendapatan.

Iklan
Iklan

Ia membabitkan pelajar bidang Pengurusan Acara, Bachelor in Culinary Arts (Hons), Bachelor in Patisserie Art (Hons), Bachelor in Event Management (Hons), Bachelor in Hospitality and Tourism Management (Hons) dan Bachelor in Outdoor Recreation Management (Hons).

Objektif utama inisiatif ini mewujudkan kesedaran buat warga MSU dan komuniti sekitar tentang kepentingan mengitar semula khususnya minyak masak terpakai.

Iklan

Inisiatif ini mengurangi permintaan terhadap bahan mentah baharu, meminimumkan pencemaran alam sekitar dan mengubah sisa buangan menjadi sumber bernilai.

Selain itu, inisiatif MSU bertujuan menyemai kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan kaedah pelupusan minyak yang betul, proses kitar semula dan pengurangan sisa minyak.

Iklan

Kolaborasi MSU, komuniti dan rakan industri menjual minyak yang dikumpul digunakan dalam aktiviti penanaman pokok serta herba di Taman Eko Rimba dan Air Terjun Sungai Kanching, Selangor.

Aktiviti ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Tourism Selangor seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya SDG 11:Sustainable Cities and Communities, SDG 12: Responsible Consumption and Production, SDG 15: Life on Land dan SDG 17:Partnerships for the Goals.

Edisi tahun 2024 menyaksikan projek MyO2 mendapat kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang membolehkan pengumpulan minyak masak terpakai berjumlah 484 liter di PPR Lembah Subang 2.

Untuk rekod, sejak tahun 2019 sehingga Disember lalu, sebanyak 1,668 liter minyak masak terpakai dikumpulkan dengan jumlah pendapatan RM2,250 melalui penyertaan 20 syarikat.

Ia turut menyumbang penanaman sebanyak 85 pokok dan herba.

Usaha MSU membuahkan hasil apabila tersenarai di kedudukan 301-400 dalam Times Higher Education World Impact Ranking 2024 dan QS World University Rankings: Sustainability 2025.