SKOMAS terima lawatan kerja bagi perkukuh pengoperasian dua sesi PPKI

Iklan
SKOMAS dipilih sebagai sekolah rintis bagi model dua sesi dalam kelas pendidikan khas, bertujuan memberi gambaran jelas bahawa pengoperasian berkenaan dapat berjalan dengan teratur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS) dipilih sebagai sekolah rintis bagi model dua sesi dalam kelas pendidikan khas, bertujuan memberi gambaran jelas bahawa pengoperasian berkenaan dapat berjalan dengan teratur.

Pemilihan SKOMAS yang terletak di Taman Kota Masai di Pasir Gudang, Johor itu sebagai sekolah rintis merupakan langkah penting dalam usaha meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Iklan
Iklan

Model tersebut membolehkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat ruang pembelajaran yang lebih kondusif.

31 delegasi pegawai dan pendidik di Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mendengar taklimat daripada wakil SKOMAS.

Dalam pada itu, SKOMAS menerima kunjungan 31 delegasi pegawai dan pendidik di Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Dewan Sari Bestari, Pasir Gudang.

Iklan

Ketibaan mereka disambut oleh Pengetua SKOMAS, Saridah Abdul Majid; Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Yahaya Ali bersama barisan pendidik yang lain.

Yahaya berkata, antara tujuan lawatan kerja itu adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam pelaksanaan pengoperasian dua sesi PPKI.

Iklan

"Apabila menyentuh program yang berkaitan dengan pendidikan khas, JPN Johor akan sentiasa memastikan bahawa kerjasama yang dijalin akan membawa warna baru dalam sistem pendidikan khas yang lebih cemerlang.

"Selain itu, pemilihan SKOMAS sebagai sekolah rintis yang menjalankan model dua sesi bagi kelas pendidikan khas adalah untuk memberi gambaran yang jelas bahawa pengoperasian dua sesi ini dapat berjalan dengan baik dan teratur," katanya.

Tidak hanya itu, satu siri perkongsian dan perbincangan berkaitan pengoperasian tersebut juga disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Jamilah Ali.

Pengetua SMK Kota Masai, Saridah Abdul Majid menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPN Selangor, Nuridayu Rosni.

Menurutnya, pelaksanaan berkenaan sebagai langkah intervensi dalam mengatasi kepadatan kelas dan guru sekali gus ia diberi ruang untuk lebih fokus terhadap keselesaan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

"Dalam usaha melestarikan suasana pembelajaran yang kondusif, pastinya pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam memainkan peranan penting bagi mewujudkan kecemerlangan MBPK melalui ruang pembelajaran yang baik dan selesa," katanya.

Setakat ini, terdapat 15 buah kelas yang menempatkan seramai 137 MBPK menjadikan SKOMAS sentiasa menerajui kebitaraan pendidikan dengan memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menerima akses pendidikan yang baik, relevan dan sesuai dengan keupayaan mereka.