Dalam dunia pendidikan dan kerjaya, memahami pelbagai gelaran profesional amatlah penting bagi guru dan pelajar.
Ini kerana, guru dapat menggunakan maklumat itu sebagai cara untuk membimbing anak-anak didiknya dalam memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka.
Sisi pelajar pula, mereka boleh menjadikannya sebagai panduan apabila sudah bekerja kelak.
Jom tengok!
1) Professional Engineer (Ir)
Gelaran Ir membawa maksud Jurutera Profesional. Untuk mendapatkan gelaran Ir ini, anda perlu menamatkan pengajian, mendaftar sebagai jurutera, peroleh tiga tahun pengalaman dan lulus dalam peperiksaan yang membuktikan anda telah mendapat kepakaran secukupnya.
Belia mestilah berdaftar sebagai Graduate Engineer dengan Board of Engineer Malaysia (BEM) seterusnya lulus dengan cemerlang dalam latihan yang ditentukan BEM.
Ir juga perlu melepasi ujian Professional Assessment Examination (PAE) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).
2) Professional Architect (Ar)
Untuk mendapatkan gelaran ini, individu mestilah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Permohonan mestilah daripada pemohon yang berdaftar dengan Graduate Architect dan pernah mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh LAM.
3) Professional Surveyor (Sr)
Seorang Sr perlu memiliki pemahaman dan pengetahuan yang hebat dalam Matematik dan tahu menggunakan beberapa alatan kursus.
Kebanyakan projek yang dikendalikan memerlukan banyak latihan fizikal dan kemahiran visual yang sangat baik.
Untuk mendapatkan gelaran Sr, pelajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah dalam surveying (tinjauan) atau civil engineering.
Lesen Professional Land Surveying juga diperlukan untuk gelaran ini.
4) Professional Technologist (Ts)
Ts adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2016 (Akta 768).
Gelaran ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.
Untuk mendapatkan gelaran Ts, pelajar perlu menamatkan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf LAM dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.
5) Professional Geologist (PGeol)
PGeol adalah seorang ahli geogologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing yang berdaftar menurut seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geoglogi 2008.
Sebelum mendapatkan gelaran ini, individu perlulah menjalani pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus peperiksaan profesional.
6) Professional Landscape Architect (LAr)
Bagi mendapatkan gelaran LAr, individu mestilah berdaftar dan mengikuti pengajian di Institute of Landscape Architects Malaysia dan lulus dengan jayanya.
Antara contoh individu yang mendapat gelaran LAr ialah LAr Dr Nor Atiah Ismail.
7) Professional Town Planner (TPr)
Mereka yang memegang gelaran TPr sentiasa dijunjung tinggi martabat, kedudukan dan reputasi profesionnya.
Seorang TPr memainkan peranan besar dalam mengingatkan kliennya mengenai kewajipan dan hak pelanggan serta melaksanakan tugas kepada pelanggannya dengan setia.
TPr perlu mengambil semua langkah yang patut untuk mengekalkan kecekapan profesional yang tinggi sepanjang bekerja.
Untuk mendapatkan gelaran ini anda mestilah lulus pengajian di Malaysian Institute of Planners dengan kelayakan tertentu.
Sumber: Edu Bestari