Pelajar Tingkatan 5 meninggal dunia selepas merentas desa. 'Arwah tidak menghidap sebarang penyakit & aktif bersukan' - Bapa mangsa

Iklan
Muhammad Haziq Uzayr meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa pada Khamis.

Kehilangan seseorang yang kita sayangi kerana meninggal dunia memang satu perkara yang sangat menyakitkan.

Apatah lagi jika pemergian itu berlaku secara tiba-tiba dalam keadaan yang tidak diduga seperti ketika menyertai acara merentas desa.

Iklan
Iklan

Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di daerah Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa pada Khamis.

Mangsa dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian sejauh enam kilometer.

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) segera membawa Muhammad Haziq Uzayr ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan kecemasan.

Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan diberikan.

Iklan

Sambung Wan Azharuddin lagi, guru terbabit kemudian menghubungi ambulans sebelum pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

"Muhammad Haziq Uzayr meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut kata bapa mangsa (hasil temu bual), anak mereka sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, selain aktif bersukan.

"Semakan juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis untuk membenarkan anaknya menyertai acara sukan terbabit," katanya pada Khamis.

Wan Azharuddin berkata, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat.

Untuk info, merentas desa di sekolah ialah satu aktiviti larian jarak jauh yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai sebahagian daripada program pendidikan jasmani dan kesihatan.

Ia biasanya diadakan setiap tahun dalam bentuk pertandingan antara rumah sukan atau kelas bagi menggalakkan kecergasan fizikal, semangat kesukanan dan ketahanan mental dalam kalangan pelajar.