1) Mengulang hafalan
Pelajar disaran terus mengulang hafalan secara rutin. Setiap hari, luangkan waktu untuk membaca dan mengulang hafalan al-Quran.
2) Tentukan jadual menghafal dan tasmik
Pelajar perlu menyediakan jadual tetap untuk menghafal dan menyemak kembali dengan guru atau rakan. Ini membantu memastikan bahawa hafalan perlu dijaga dengan baik.
3) Mendengarkan ayat suci al-Quran secara teratur
Pelajar boleh mendengar bacaan al-Quran dari kawan-kawan atau aplikasi yang tersedia supaya ia membantu memperkuatkan hafalan. Bacaan yang didengarkan dengan penuh perhatian dapat memperbaiki tajwid sekali gus membantu mengingat lebih baik.
4) Menghafal secara berkelompok
Pastikan pelajar dalam kelompok sekurang-kurangnya seorang supaya mereka boleh memberi semangat dan motivasi untuk meneruskan menghafal. Secara tidak langsung, mereka boleh memberi tip atau kaedah untuk menjaga hafalan dengan mudah.