Pemergian Cikgu Norsiyati: SK Ng Grenjang kehilangan pendidik berjiwa mulia

Iklan
Cikgu Norsiyati 'pergi' pada 12 Ramadan 1446H. Kredit foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Cikgu Norsiyati 'pergi' pada 12 Ramadan 1446H. Kredit foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Cikgu Norsiyati 'pergi' pada 12 Ramadan 1446H. Kredit foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Sinar Bestari ingin memaklumkan bahawa Guru Akademik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Grenjang, Saratok, Sarawak telah meninggal dunia pada Khamis iaitu bersamaan 12 Ramadan 1446H.

Kematian Cikgu Norsiyati Deni merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tersayang tetapi juga buat warga sekolah, para pelajar dan rakan sejawat.

Iklan
Iklan

Sebagai seorang pendidik, jasa dan bakti yang telah dicurahkan Allahyarham selama ini pastinya akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang beriman serta beramal soleh.

Iklan

Iklan