1) Pengenalan
- Ultimate Frisbee adalah sukan berpasukan yang menggunakan cakera plastik (frisbee) dan dimainkan tanpa sentuhan (non-contact). Sukan Frisbee ini juga boleh dimainkan secara berpasukan iaitu campur lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja dan lelaki sahaja.
2) Struktur permainan:
a) Bilangan pemain
- Secara rasmi: 7 orang setiap pasukan (permainan standard).
b) Padang & Zon Gol
Iklan
- Bentuk segi empat (mirip padang bola).
- Mempunyai dua zon gol di hujung padang.
- Biasanya 100m panjang dan 37 meter lebar, dengan zon gol sepanjang 18 meter setiap satu.
3) Cara bermain
a) Permulaan permainan (pull)
Iklan
- Pasukan pertahanan akan melempar frisbee jauh ke arah pasukan lawan sebagai tanda permulaan permainan (defence).
- Pasukan yang menerima frisbee akan memulakan serangan dari tempat frisbee jatuh (offence).
b) Menggerakkan frisbee
Pemain tidak boleh berlari sambil memegang frisbee. Mereka hanya boleh:
- Berpusing pada satu kaki (pivot) untuk mencari rakan sepasukan.
- Menghantar frisbee kepada rakan sepasukan.
- Pemain hanya boleh memegang frisbee selama 10 saat sebelum melakukan hantaran kalau tidak akan turnover (pasukan yang defence akan offence dan sebaliknya).
c) Menjaringkan Mata
- Satu mata diberikan apabila seorang pemain menangkap frisbee dalam zon gol lawan.
- Selepas menjaringkan mata, pasukan bertukar arah dan pasukan yang menjaringkan mata akan melakukan pull untuk meneruskan permainan seterusnya.
4) Peraturan utama
- Jika frisbee jatuh, dipintas atau keluar padang, pasukan lawan akan mendapat giliran menyerang.
- Tiada sentuhan fizikal dibenarkan (jika ada pelanggaran, boleh minta foul dan permainan akan dihentikan seketika).
- Tiada pengadil dalam Ultimate Frisbee - pemain sendiri yang bertanggungjawab memastikan permainan adil (konsep spirit of the game) - pemain wajib tahu peraturan.
5) Teknik hantaran asas
- Balingan kilas
- Lontaran hadapan
6) Sistem permainan
- Pasukan yang mencapai jumlah mata tertentu lebih dahulu (contohnya: 13 atau 15 mata) akan menang.
- Dalam kejohanan, ada had masa permainan (biasanya 60-90 minit).