Tradisi agihan juadah berbuka puasa UPM

Iklan
Sukarelawan pelajar UPM menyediakan juadah manisan tau fu fa untuk diagihkan kepada komuniti.

Bermula sebagai inisiatif membantu petugas barisan hadapan semasa pandemik Covid-19, program agihan juadah berbuka puasa diteruskan sebagai platform mengeratkan ukhuwah sekali gus mengimarahkan Ramadan melalui amalan sedekah.

Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA) Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk mengagihkan juadah berbuka puasa kepada komuniti serta staf univerisiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Seramai 28 sukarelawan terdiri daripada pelajar, kakitangan akademik dan pentadbiran terlibat untuk menyumbang tenaga dan masa bagi memastikan kelancaran pengagihan juadah.

Ketua Sukarelawan, Muhammad Abu Ubaidah Samsuddin berkata, sebanyak 1,000 mangkuk tau fu fa dijadikan menu edaran kali ini untuk berkongsi rezeki.

Iklan

"Sambutan daripada staf dan pelajar sangat positif. Mereka juga menghargai inisiatif ini kerana ia bukan sahaja menyediakan juadah yang lazat dan sihat, tetapi juga memberi peluang untuk mereka merasai makanan yang tidak selalu ada dalam menu harian mereka.

"Program ini juga memberi impak positif dari segi mengeratkan hubungan antara komuniti kampus, sama ada staf atau pelajar,” katanya kepada Sinar Bestari.

Pengarah i-PUTRA UPM, Profesor Dr Alyani Ismail, (dua dari kiri) turun padang untuk mengagihkan juadah berbuka puasa.

Iklan

Kongsi Muhammad Abu Ubaidah lagi, pihak i-PUTRA UPM merancang untuk memperkenalkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan selain agihan makanan seperti bengkel pembangunan diri, program kesihatan dan aktiviti rekreasi.

"Kami ingin terus memberikan manfaat kepada komuniti dengan memperkenalkan aktiviti yang lebih berfokus kepada pembangunan holistik, termasuk kesejahteraan fizikal dan mental.

"Kami berharap dapat menjayakan pelbagai program yang dapat mengeratkan hubungan sesama warga UPM dan memperkasakan nilai-nilai positif dalam masyarakat,” kata Muhammad Abu Ubaidah lagi.