Cabaran sediakan bufet 400 pek

Iklan
Pelajar mempraktikkan masakan yang dipelajari di dalam kelas. (Gambar kecil, Fahrin Iskandar)
MENGIMBAS kembali pengalaman paling mencabar sepanjang tempoh praktikalnya adalah penyediaan bufet untuk 400 orang sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Walaupun tugas itu dilaksanakan secara berkumpulan, tetapi beban tanggungjawab dan tekanan yang dihadapi tetap dirasai.

"Ketika itu, kami sediakan menu seperti nasi limau pandan, ayam kapitan, ikan bakar dan banyak lagi. Menu nampak biasa, tapi bila perlu disediakan dalam kuantiti besar, itu yang jadi mencabar.

"Kalau hidang dalam bentuk bufet pun dah mencabar, apatah lagi kalau perlu sediakan 400 pinggan secara individu,” jelasnya.

Impian miliki restoran sendiri

LEBIH membanggakan, Fahrin tidak menyangka dapat menjalani latihan industri di dapur restoran terkemuka milik cef selebriti, Chef Wan.

Pengalaman itu bukan sahaja memberikan pendedahan meluas dalam bidang kulinari, malah membakar semangat Fahrin untuk terus maju dalam bidang tersebut.

Menutup perbualan, anak muda ini turut berkongsi impiannya untuk membuka sebuah restoran berkonsepkan masakan Melayu di kawasan luar bandar dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Saya mahu sediakan platform untuk orang kampung menikmati hidangan Melayu dalam suasana yang lebih moden dan selesa. Itu harapan saya,” katanya penuh semangat.