Sejarah Jalur Gemilang

Iklan
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang ke-40 pada 31 Ogos 1997.

Bendera kebangsaan ialah lambang identiti negara dan menjadi kebanggaan rakyat.

Dikenali dengan nama Jalur Gemilang, simbol, warna dan lambang yang ada pada bendera ini mempunyai maksud tertentu yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia secara amnya.

Iklan
Iklan

Menurut buku teks Sejarah Tahun 5 (muka surat 124-125), Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama berkenaan (Jalur Gemilang) sempena hari kemerdekaan yang ke-40 pada 31 Ogos 1997.

Mengapakah bendera Kebangsaan ini dinamakan Jalur Gemilang?

Iklan

Diberikan nama Jalur Gemilang kerana mempunyai 14 jalur.

Jalur bermaksud satu haluan yang sama untuk menuju kegemilangan bangsa dan negara manakala Gemilang bermaksud bercahaya dan cemerlang.

Iklan

Kenali identiti Jalur Gemilang

1) Warna Kuning

  • Lambang kesetiaan kepada raja dan negara
  • Lambang kedaulatan Raja Berperlembagaan

2) Biru Tua

  • Lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum
  • Bersatu padu dan berusaha memajukan ekonomi negara

3) Putih

  • Lambang kesucian dan keikhlasan
  • Lambang ketahanan rakyat yang beradab

4) Merah

  • Lambang keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran

5) Bulan Sabit

  • Lambang agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia

6) Bintang Pecah 14

  • Lambang perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan

Kita sebagai warganegara perlu menghayati maksud dan lambang yang terdapat pada bendera kebangsaan negara bagi menjadi seorang rakyat yang bertanggungjawab.

Sumber: Buku teks Sejarah Tahun 5 (muka surat 124-125)