SPAN jelaskan punca gangguan air di UniMAP! Ini kata mereka...

Iklan
Maklum SPAN, gangguan itu sebenarnya berpunca daripada masalah sistem perpaipan dalaman di premis universiti berkenaan. Gambar hiasan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu gangguan bekalan air yang berlaku selama dua minggu di Kompleks Perumahan UniCITI Alam (KPUA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Sungai Chuchuh, Padang Besar, Perlis.

Maklum SPAN, gangguan itu sebenarnya berpunca daripada masalah sistem perpaipan dalaman di premis universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) telah menjalankan siasatan di tapak pada 1 April lalu dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan UniMAP pada 14 April lalu untuk mendapatkan keterangan lanjut selepas aduan diterima.

"Hasil siasatan di lokasi mendapati tekanan bekalan air selepas meter utama (meter pukal) adalah mencukupi dan melebihi tekanan minimum ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

SPAN berkata, kawasan di sekitar Kompleks KPUA menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Timah Tasoh, dengan kompleks ini mempunyai dua sumber bekalan air disalurkan melalui paip utama SAP bersaiz 315 milimeter (mm) jenis HDPE.

"Hanya sebahagian daripada enam blok terjejas akibat gangguan bekalan air.

Iklan

"Gangguan bekalan air pada blok-blok yang berkenaan disebabkan oleh masalah sistem perpaipan dalaman yang dilaksanakan pemaju.

"Keseluruhan sistem bekalan air dalaman kawasan yang mengalami gangguan (selepas meter pengguna-meter pukal) adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis atau pemaju untuk kerja operasi,” katanya.

Sementara itu, SAP telah mengaturkan bantuan yang perlu untuk memudahkan penghuni mendapatkan bekalan air.

Antara yang dihulurkan adalah membuat pintasan sementara iaitu tidak melalui meter air utama SAP (meter pukal) bagi membolehkan blok terjejas di UniMAP mendapat bekalan air.

Mereka juga menghantar bekalan air melalui lori tangki SAP dan mengepam bekalan air ke dalam tangki di premis UniMAP.