Kembar raih semua A

Iklan

Ikatan darah tidak menghalang semangat persaingan sihat antara dua beradik kembar berbeza jantina ini melakar kecemerlangan.

Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen, 18, membuktikan bahawa persaingan yang sihat mampu menjadi pemangkin kejayaan apabila kedua-duanya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Iklan
Iklan

"Agak sukar untuk saya bangun malam bagi mengulang kaji pelajaran, jadi adik (Yun Zhen) sering mengejutkan saya.

"Dia juga sering mengingatkan saya supaya jangan malas belajar, selain selalu berkongsi pengetahuan tambahan dalam sesuatu subjek," katanya.

Iklan
Iklan