'Pak Guard' yang kami hargai!

Iklan

Suasana penuh emosi menyelubungi kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri (SMKAMi), Sarawak apabila seorang pelajar lelaki memeluk erat pengawal keselamatan sebaik sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pada Khamis lalu.

Dalam satu video yang dikongsikan, pelajar ini dilihat bergerak ke arah pagar sekolah sebelum memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Tindakan itu sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa memastikan keselamatan pelajar terpelihara sepanjang sesi persekolahan.

Bukan seorang pelajar sahaja yang melakukan tindakan sedemikian, ucapan terima kasih turut dilontarkan calon SPM 2024 lain.

Iklan
Iklan