STEMability 2025 cungkil potensi murid berkeperluan khas

Iklan
Kumpulan Pelajar Pendidikan Khas dari daerah Seremban yang menyertai Program STEMability 2025 yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan.

Seramai 32 murid berkeperluan khas dari lapan sekolah di sekitar Seremban, Negeri Sembilan menyertai sebuah program inklusif yang memberi tumpuan kepada pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program berasaskan aktiviti interaktif dan pendekatan mesra pelajar istimewa iaitu STEMability: Unlocking Potential through STEM berlangsung di Perpustakaan Negeri, Seremban 2.

Antara aktiviti-aktiviti yang merangsang kemahiran berfikir secara kreatif dan refleks para pelajar.

Iklan
Iklan

Pengarah program, Profesor Dr Norhayati Mohd Zain berkata, STEMability direka khusus untuk memberi pendedahan kepada murid berkeperluan khas tentang dunia STEM dalam suasana yang menyeronokkan dan menyokong.

"Kami percaya setiap murid mempunyai potensi untuk berjaya.

Iklan

"Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran pelbagai deria, aktiviti fizikal dan eksperimen saintifik yang mudah tetapi bermakna.

Datin Wan Hasni binti Wan Yusof melawat ke salah satu ruang aktiviti dan berinteraksi bersama peserta program.

"Tujuannya adalah untuk membina keyakinan, kemahiran sosial dan keseronokan belajar dalam kalangan murid istimewa,” katanya.

Iklan

Norhayati juga merupakan Pensyarah Kanan dan Teknologis Profesional di Jabatan Pengimejan Perubatan berkongsi bahawa aktiviti yang dijalankan termasuk eksperimen menarik seperti Rainbow Milk Swirl dan Mini Tsunami, serta aktiviti fizikal seperti Victory Toss dan Survive the Minefield.

Semua aktiviti berkenaan bertujuan untuk menguji koordinasi, fokus dan kerjasama antara peserta.

"Aktiviti kognitif seperti Match & Move dan Do Not Touch the Colour turut diselitkan bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif dan refleks yang pantas,” katanya.

Aktiviti Victory Toss dan Survive the Minefield menguji koordinasi, fokus dan kerjasama antara peserta.

STEMability: Unlocking Potential through STEM turut disertai lapan guru pengiring, 25 pelajar universiti dan tiga pensyarah daripada Program Pengimejan Perubatan, Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja di KPJ Healthcare University (KPJU).

Dengan kejayaan penganjuran STEMability 2025, KPJU bersama rakan strategik berharap pendekatan inklusif itu dapat diperluaskan ke lebih banyak lokasi, sekali gus memberi peluang pendidikan STEM yang setara kepada semua murid, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan fizikal.