Dari Segamat ke Shah Alam

Iklan
72 pelajar daripada 23 sekolah di seluruh Malaysia berpeluang merasai pengalaman menjadi media sebenar dalam Latihan Industri TV PSS.

Perjalanan sejauh ratusan kilometer dari Segamat, Johor ke Shah Alam, Selangor bukanlah satu halangan, malah menjadi bukti kesungguhan untuk memberi pendedahan tentang dunia kerjaya kepada pelajar.

Guru pengiring Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (STAR), Muhamad Areef Jamsari Suhaimi berkata, langkah itu bukan sahaja membuka mata pelajar terhadap realiti pekerjaan, tetapi memperkukuhkan keyakinan diri dan semangat untuk terus mengejar cita-cita.

Iklan
Iklan

"Program ini sangat bermanfaat walaupun mereka (murid STAR) baru Tahun Empat dan Tahun Lima.

"Jika para pelajar mendapat pendedahan sebegini, pastinya mereka tidak akan berdepan masalah apabila menginjak ke sekolah menengah nanti.

Iklan

"Anak-anak ini juga boleh gunakan maklumat yang dikongsi sepanjang Latihan Industri TV PSS berkenaan hingga ke peringkat sekolah menengah, universiti ataupun dalam dunia pekerjaan,” kata Muhamad Areef kepada Sinar Bestari.

Iklan