Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 akan berlangsung selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.
Dengan tema 'Guru Pemacu Reformasi Pendidikan', sambutan istimewa itu memberi tumpuan kepada peranan guru sebagai ejen perubahan dalam landskap pendidikan negara.
Tema tersebut mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasa guru sebagai pemimpin, pembimbing dan perintis dalam inovasi pengajaran serta pembelajaran.
Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bachok, Kelantan iaitu Cikgu Hilmi Salleh mencuri perhatian warga maya apabila berkongsi senarai 40 permainan sukaneka Hari Guru yang cukup kreatif dan menghiburkan!
Menariknya, idea-idea sukaneka ini bukan sahaja sesuai untuk guru-guru, malah boleh disesuaikan mengikut ruang, masa dan kategori peserta sama ada melibatkan murid, cikgu atau gabungan kedua-duanya.
Jika anda sedang mencari inspirasi untuk memeriahkan sambutan Hari Guru di sekolah, perkongsian Cikgu Hilmi ini wajib anda baca!
1) Tiup Bola Kapas
Tiup bola kapas atas meja hingga ke garisan penamat. Tangan ke belakang.
2) Baling Belon ke Bakul
Baling belon ringan masuk ke dalam bakul dari jarak tertentu.
3) Rebut Penutup Botol
Cari dan kutip penutup botol warna tertentu dalam dulang bercampur.
4) Gulung Tisu Guna Mulut
Gulung semula tisu panjang ke dalam gulungan hanya guna mulut.
5) Pindah Kacang Guna Penyepit
Pindahkan kacang dari satu bekas ke bekas lain menggunakan penyepit baju.
6) Gunting Batu Kertas Berantai
Main beratur. Siapa kalah duduk. Kumpulan terakhir berdiri menang.
7) Susun Cawan Bertingkat
Susun cawan plastik jadi piramid tertinggi dalam 2 minit.
8) Cari Gula-Gula dalam Tepung
Cari gula-gula tersembunyi dalam tepung guna mulut.
9) Lari Pakai Kain Batik
Guru lelaki pakai kain batik, berlari ke garisan penamat.
10) Buka Simpulan Getah
Buka simpulan gelang getah tanpa bantuan tangan lain.
11) Pancing Botol
Gunakan pensel yang diikat pada tali dan pinggang untuk ‘pancing’ masuk ke botol.
12) Masukkan Straw dalam Botol
Masukkan straw ke dalam botol dalam keadaan mata tertutup.
13) Isi Air Guna Span
Pindahkan air dari baldi ke dalam botol menggunakan span.
14) Ikat Tali Kasut Buta
Dengan mata ditutup, ikat tali kasut sendiri paling cepat dan kemas.
15) Lontar Kasut ke Gelung
Lempar kasut masuk ke dalam gelung dari jarak tertentu.
16) Letup Belon Guna Punggung
Duduk atas belon sehingga meletup. Siapa paling cepat menang.
17) Lari Atas Surat Khabar
Pijak dua helai surat khabar dan gerak ke depan secara berganti.
18) Jatuhkan Pen ke Dalam Botol
Pen diikat tali ke pinggang. Masukkan pen ke dalam botol tanpa guna tangan.
19) Makan Biskut Gantung
Habiskan biskut yang digantung tanpa gunakan tangan.
20) Angkut Belon Guna Kepala
Dua orang kepit belon di dahi dan berjalan ke penamat tanpa jatuh.
21) Lari Kepit Belon di Dahi
Berpasangan, kepit belon di dahi dan bergerak serentak ke garisan penamat.
22) Ikat Kaki Berdua dan Lari
Dua guru ikat kaki bersama dan berlari ke penamat.
23) Sorong Rakan
Seorang guru jadi 'kereta', seorang lagi tolak sampai garisan penamat.
24) Puzzle Gambar Guru
Pasang puzzle gambar wajah guru dengan cepat dan tepat.
25) Lari dengan Sudu & Bola
Pegang sudu di mulut berisi bola pingpong dan lari tanpa jatuh.
26) Tarik Sarung Tangan Basah
Dengan tangan dibasah, sarungkan sarung tangan plastik secepat mungkin.
27) Charade Gaya Guru
Seorang guru buat gaya tertentu, kumpulan teka tanpa suara.
28) Balas Pantun Spontan
Kumpulan diberi pantun pembayang, perlu balas spontan dalam masa singkat.
29) Menari Kerusi dan Nama Murid
Rebut kerusi sambil muzik dimainkan. Siapa kalah, sebut nama penuh murid.
30) Tarik Tali Duduk
Tarik tali secara duduk atas kerusi. Siapa jatuh keluar.
31) Kuiz Teka Suara Guru
Dengarkan rakaman suara guru, teka siapakah empunya suara.
32) Teka Gambar Zaman Sekolah
Teka gambar guru semasa zaman sekolah rendah/menengah.
33) Lempar Belon Gaya Hoki
Guna penyapu kecil untuk pukul belon ke dalam gol.
34) Cari Barang Dalam Kotak
Masukkan tangan ke dalam kotak tertutup, teka objek dengan deria sentuhan.
35) Ikat Rambut Rakan
Seorang guru ikat rambut pasangan secepat dan sekemas mungkin.
36) Perah Kain Basah
Perah air dari kain ke dalam botol. Siapa kumpul paling banyak menang.
37) Lari Selit Belon di Ketiak
Selit belon di ketiak dan lari tanpa jatuhkan.
38) Hias Rakan Jadi ‘Guru Terbaik’
Hias pasangan guru guna alat bantu & pakaian paling kreatif.
39) Catwalk Cikgu Klasik
Berjalan catwalk gaya cikgu zaman dulu sambil bergaya depan murid.
40) Sorakan Gaya Guru 90-an
Setiap kumpulan cipta sorakan kreatif bertema 'guru 90-an'.