Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak esok

Iklan
Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk "Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan. - Gambar hiasan: Bernama

Sempena sambutan Hari Guru, seramai 115 pendidik diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh Perak, esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan penglibatan guru-guru tersebut menjadi khatib sebagai penghargaan atas peranan penting mereka.

Iklan
Iklan

"Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah memperakukan nama 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perak untuk diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan baginda," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Annuar berkata, Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk"Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan.

Iklan

Minggu lepas, Sultan Nazrin turut memperkenankan golongan belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri bersempena sambutan Hari Belia Negara hari ini. - Bernama

Iklan