Sebuah bilik darjah di Sekolah Rendah Islam (SRI) At-Taqwa, Jalan Bertam Indah, di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian yang berlaku pada petang Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bilik darjah di tingkat bawah bangunan dua tingkat sekolah berkenaan.
"Operasi memadamkan kebakaran dijalankan melibatkan lapan anggota dari BBP Kepala Batas dengan bantuan BBP Bertam dan dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.10 petang dan anggaran kemusnahan adalah sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan bilik darjah terbabit,"katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Jurucakap berkenaan berkata, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran berkenaan.
Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.27 petang.
Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pegawai forensik kebakaran.

Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah kelas di SRI At-Taqwa Bertam pada Sabtu.

Iklan
Iklan