Tanggal 16 Mei setiap tahun membawa makna besar buat semua warga pendidik apabila Hari Guru disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan cikgu yang membimbing dan membentuk insan sehingga berjaya.
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah menjadi inspirasi dan pembimbing sepanjang hayat di mana segala usaha, nasihat serta kasih sayang mereka akan sentiasa dikenang oleh anak didik.
Dalam ruangan khas kali ini, Sinar Bestari menghimpunkan suara hati pelajar dari pelbagai sekolah yang menitipkan ucapan dan penghargaan buat guru tercinta.
Terima kasih cikgu!
"Hari Guru bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar. Ia adalah hari untuk kita berfikir, melihat ke belakang dan mengingati setiap guru yang telah memberikan kita cahaya ilmu dan mengeluarkan kita dari kegelapan. Selamat Hari Guru buat seluruh guru di Malaysia." - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak, Ahmad Muhaimin Hakimi Ahmad Zaki.
"Hari ini, kita berdiri bukan sahaja untuk menyambut satu sambutan tetapi untuk menghargai insan yang jasanya tak pernah padam iaitu para guru. Guru bukan sekadar pengajar, tetapi pembentuk akhlak, pencorak masa depan, dan pencetus perubahan dalam kehidupan setiap anak bangsa. Selamat Hari Guru, Cikgu!" - Murid SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak, Nur Hasanah Hairul Hisham.
"Guru ibarat pelita yang tidak pernah padam, sentiasa menerangi jalan saya dengan ilmu dan nasihat. Terima kasih kerana tidak jemu membimbing walaupun kadangkala saya melakukan kesilapan. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila." - Murid SK Haji Wahab, Alor Setar, Kedah, Khafizh Numan Rifai Salim, 11.
"Terima kasih cikgu kerana telah mendidik dan membimbing kami dengan ilmu dan akhlak yang padu. Jasamu ibarat mentari yang tidak pernah berhenti menyinari hidup kami. Pengorbanan dan kesabaran dalam mendidik adalah sumber inspirasi buat kami." - Murid SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah, Iman Najla Mohammad Aiman, 10.
"Saya selaku Ketua Pengawas mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Jasamu guru tidak terkira jika dihitung. Semoga ALLAH merahmati segala ilmu yang dicurahkan dan segala kerja buat cikgu akan mendapat reda Ilahi.” - Murid SK Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah, Muhammad Fahmie Addeen Mutaruddin, 12.
"Sempena Hari Guru ini, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tulus dan ikhlas kerana sudi menjadi cahaya dalam setiap langkah kami mencari ilmu. Hari ini kami berdiri bukan kerana kehebatan kami tetapi kerana keikhlasan, pengorbanan dan sokongan daripadamu tanpa henti. Tanpa guru, siapalah kami di dunia ini. Dari hati yang paling dalam kami menunduk hormat, mendoakan syurga buatmu dunia dan akhirat." - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Kuala Lumpur, Nuraina Batrisyia Ahmad Shahibullah.
"Ilmu yang cikgu curahkan menjadi bekal berharga dalam membentuk masa depan saya. Selamat Hari Guru. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu sentiasa diberkati dan dikenang sepanjang hayat." - Pelajar SMK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor, Nur Afiqah Adrianna Mohamad Faizal, 14.
"Cikgu bukan sahaja mengajar ABC dan 123, tetapi juga mengajar saya menjadi manusia berguna. Terima kasih cikgu, jasamu dikenang selalu!" - Pelajar SMK Kampung Chengal, Ketereh, Kelantan, Nik Humaira Affeya Nik Shazrin, 13.
"Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. Semoga ALLAH memberkati dan menjadikannya pahala yang berpanjangan hingga ke akhirat.” - Murid SK Bukit Changgang, Banting, Selangor, Uswah Hasanah Ahmad Munsif, 12.
"Buat cikgu yang sentiasa sabar melayan kerenah dan telatah kami tetapi masih tetap senyum dan menghiburkan kami, bukan sahaja mengajar tetapi mendidik, membimbing dan memberi inspirasi kepada kami setiap masa. Cikgu memang luar biasa, tidak kenal penat dan lelah dalam memastikan kami mencapai, kejayaan, impian dan cita-cita kami." - Murid SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi, Johor, Nurinaa Darwisyah Roshamidi, 11.
"Selamat Hari Guru kepada insan yang bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga menyentuh hati dengan kelembutan tutur dan keikhlasan jiwa. Setiap kali cikgu melangkah ke kelas, bukan hanya buku yang dibuka tetapi juga hati-hati kami yang diajak mengenal dunia. Terima kasih kerana menjadi guru yang luar biasa. Semoga setiap kebaikan yang cikgu tabur, berbalas dengan kebahagiaan yang tak pernah putus." - Pelajar SMK Sungai Pusu, Kuala Lumpur, Muhammad Asran Najiyan Mat Naim, 17.

Dari kiri Ahmad Muhaimin Hakimi dan Nur Hasanah

Dari kiri Khafizh Numan dan Iman Najla
Iklan
Iklan
"Guru ibarat pelita yang tidak pernah padam, sentiasa menerangi jalan saya dengan ilmu dan nasihat. Terima kasih kerana tidak jemu membimbing walaupun kadangkala saya melakukan kesilapan. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila." - Murid SK Haji Wahab, Alor Setar, Kedah, Khafizh Numan Rifai Salim, 11.
"Terima kasih cikgu kerana telah mendidik dan membimbing kami dengan ilmu dan akhlak yang padu. Jasamu ibarat mentari yang tidak pernah berhenti menyinari hidup kami. Pengorbanan dan kesabaran dalam mendidik adalah sumber inspirasi buat kami." - Murid SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah, Iman Najla Mohammad Aiman, 10.
Dari kiri Muhammad Fahmie dan Nuraina Batrisyia
"Saya selaku Ketua Pengawas mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Jasamu guru tidak terkira jika dihitung. Semoga ALLAH merahmati segala ilmu yang dicurahkan dan segala kerja buat cikgu akan mendapat reda Ilahi.” - Murid SK Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah, Muhammad Fahmie Addeen Mutaruddin, 12.
"Sempena Hari Guru ini, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tulus dan ikhlas kerana sudi menjadi cahaya dalam setiap langkah kami mencari ilmu. Hari ini kami berdiri bukan kerana kehebatan kami tetapi kerana keikhlasan, pengorbanan dan sokongan daripadamu tanpa henti. Tanpa guru, siapalah kami di dunia ini. Dari hati yang paling dalam kami menunduk hormat, mendoakan syurga buatmu dunia dan akhirat." - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Kuala Lumpur, Nuraina Batrisyia Ahmad Shahibullah.
Dari kiri Nur Afiqah Adrianna dan Nik Humaira Affeya
"Ilmu yang cikgu curahkan menjadi bekal berharga dalam membentuk masa depan saya. Selamat Hari Guru. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu sentiasa diberkati dan dikenang sepanjang hayat." - Pelajar SMK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor, Nur Afiqah Adrianna Mohamad Faizal, 14.
"Cikgu bukan sahaja mengajar ABC dan 123, tetapi juga mengajar saya menjadi manusia berguna. Terima kasih cikgu, jasamu dikenang selalu!" - Pelajar SMK Kampung Chengal, Ketereh, Kelantan, Nik Humaira Affeya Nik Shazrin, 13.
Dari kiri Uswah Hasanah dan Nurinaa Darwisyah
"Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. Semoga ALLAH memberkati dan menjadikannya pahala yang berpanjangan hingga ke akhirat.” - Murid SK Bukit Changgang, Banting, Selangor, Uswah Hasanah Ahmad Munsif, 12.
"Buat cikgu yang sentiasa sabar melayan kerenah dan telatah kami tetapi masih tetap senyum dan menghiburkan kami, bukan sahaja mengajar tetapi mendidik, membimbing dan memberi inspirasi kepada kami setiap masa. Cikgu memang luar biasa, tidak kenal penat dan lelah dalam memastikan kami mencapai, kejayaan, impian dan cita-cita kami." - Murid SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi, Johor, Nurinaa Darwisyah Roshamidi, 11.
Muhammad Asran