Jelajah TV PSS Sinar Bestari 2025 kembali lagi!

Iklan
Tenaga pengajar TV PSS, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari (kanan), memberi tunjuk ajar berkaitan aspek teknikal dalam produksi video.

SK Saint Aidan lokasi pertama, 128 pelajar jadi peserta

Program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2025 kembali lagi tahun ini untuk mencari bakat-bakat baharu pelajar yang berkemahiran dalam bidang kewartawanan dan penyiaran sekolah.

Untuk itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Aidan, Bahau, Negeri Sembilan dipilih sebagai lokasi pertama siri jelajah yang berlangsung pada 14 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Seramai 128 pelajar dan 32 guru pengiring dari 32 buah sekolah daerah Jempol dan Jelebu menyertai program jelajah yang membawa nama Bengkel Pemantapan TV PSS Bersama Sinar Bestari anjuran Akademi Pendidikan Sinar Bestari (APSB) dengan kerjasama Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu.

Menurut Pengetua APSB, Meen Tahrin, penganjuran Jelajah TV PSS Sinar Bestari 2025 diteruskan berikutan sambutan hangat dan permintaan tinggi daripada pelajar yang berminat mendalami dunia kewartawanan dan penyiaran sekolah.

Meen (kiri) dan Noorhayatie.

Iklan

"Kami menerima pelbagai maklum balas positif daripada peserta dan guru pengiring sepanjang penganjuran edisi lalu. Ramai yang menyatakan program ini sangat membantu dalam membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta cara mengendalikan kandungan media secara beretika dan kreatif,” jelasnya.

Atas dorongan itu, beliau berkata, penyertaan kali ini dibuka secara khusus kepada pelajar yang belum pernah terlibat dalam siri Jelajah TV PSS Sinar Bestari sebelum ini, bagi memberi ruang kepada lebih ramai bakat baharu menonjolkan potensi mereka.

Iklan

"Hasrat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang bukan sahaja berkemahiran, malah bersedia menjadi penyampai maklumat yang berkualiti di peringkat sekolah. Dunia penyiaran bukan sekadar bercakap di hadapan kamera, ia juga menuntut disiplin, kreativiti dan kerjasama berpasukan," ujar Meen.

Sementara itu, Penyelaras Program, Noorhayatie Sulaiman berkata, bengkel yang dijalankan memberi impak besar kepada para peserta kerana menyajikan pelbagai pengisian bersifat praktikal dan berorientasikan dunia sebenar kewartawanan sekolah.

"Antara topik yang diketengahkan termasuklah etika kewartawanan, penulisan skrip berita, teknik asas penggunaan kamera dan pengenalan kepada proses penyuntingan video.

"Peserta juga diberi peluang menjalani simulasi tugasan sebenar seperti wartawan di lapangan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa program seperti ini wajar diteruskan dan dikembangkan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih mantap dan pelbagai.

"Insya-ALLAH, kita akan terus menambah baik kandungan bengkel dengan menyesuaikannya kepada keperluan semasa,” katanya yang merupakan Penolong Pegawai PPD, Unit Sumber Teknologi Pendidikan, PPD Jempol dan Jelebu.

Dalam pada itu, Meen turut mempelawa mana-mana sekolah atau PPD yang berminat untuk menganjurkan program seumpama ini di tempat masing-masing agar menghubungi pihak Sinar Bestari untuk maklumat lanjut.

Bagi tujuan itu, sekolah atau PPD boleh menghubungi Sinar Bestari di talian 019-2329032 atau emel ke sinarbestari@ sinarharian.com.my.

Selain institusi pendidikan, pihak Sinar Bestari juga membuka ruang kolaborasi kepada syarikat-syarikat korporat yang berminat untuk turut sama menyokong dan memeriahkan penganjuran program berimpak tinggi ini.

Sekolah yang terlibat

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus

2. SK Dato’ Penghulu Luak Jempol

3. SK (Felda) Pasoh 3

4. SK Saint Aidan

5. SK Sungai Lui

6. SK Serting Ilir

7. SK Petaseh Berasrama

8. SK Batu Kikir

9. SK (Felda) Palong 7

10. SK Palong 8 (Felda)

11. SK Sungai Buloh

12. SK Pulapah

13. SK Kuala Klawang

14. SK Putra

15. SK (Felda) Palong 12

16. SK (Felda) Palong Dua

17. SK Lui Timur

18. SK Serting Ulu

19. SK Felda Raja Alias 3

20. SK Jempol

21. SK Tunku Muda Serting

22. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Bandar Baru Serting

23. SMK Datuk Mansor

24. SMK Batu Kikir (Model Khas)

25. SMK Undang Jelebu

26. SMK (F) Lui Barat

27. SMK Bahau 2

28. SMK Alam Beraja

29. Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Haji Tan Ahmad

30. SMA Dato’ Haji Mustafa

31. SMA Haji Muhamad

32. Kolej Vokasional Kuala Klawang