'Cikgu, jangan jadikan kantin tempat melepaskan amarah. Murid juga ada hati & harga diri'

Iklan
Susulan tularnya video melibatkan murid perempuan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial. Ada yang meluahkan rasa marah, simpati dan tidak kurang juga yang cuba menilai situasi secara rasional.

Kecoh di media sosial berkenaan satu rakaman video berdurasi 2 minit 32 saat yang memaparkan seorang murid sekolah rendah dimarahi oleh beberapa guru di kantin sekolah.

Menerusi video itu, murid perempuan yang dikenali sebagai Lisa, 9, menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru dan kejadian dipercayai berlaku pada 14 April lalu.

Iklan
Iklan

Susulan tularnya isu tersebut, pelbagai reaksi membanjiri media sosial. Ada yang meluahkan rasa marah, simpati dan tidak kurang juga yang cuba menilai situasi secara rasional.

Cikgu Ahmad Faizal Osman, figura pendidik yang cukup dikenali di media sosial dengan nama Cikgu Emmet tidak ketinggalan berkongsi pandangannya tentang isu berkenaan.

Iklan

Tulisnya di Facebook, guru tidak sepatutnya menggunakan kantin sebagai tempat melepaskan marah pada murid sebaliknya bawalah mereka ke bilik konsultasi bimbingan kaunseling untuk perbincangan.

Selanjutnya, Sinar Bestari kongsikan kenyataan penuh daripada Cikgu Emmet di Facebook (dengan keizinan beliau), agar menjadi peringatan dan panduan buat semua warga pendidik.

Iklan

*****

Kepada sahabat guru yang saya hormati.

Kantin adalah tempat bersosial murid-murid di sekolah. Walaupun di saat kantin kosong tapi ia masih merupakan tempat yang terbuka.

Jadi janganlah guna kantin sebagai tempat kita melepaskan marah pada murid. Bawalah ke bilik konsultasi bimbingan kaunseling

Murid juga insan. Mereka ada hati, ada harga diri. Bila ditegur di khalayak ramai, rasa malu mula bersarang. Takut diejek kawan, rasa rendah diri dan akhirnya murid menjauhkan dari guru yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing mereka. Hubungan dengan ibu bapa juga akan semakin renggang.

Teguran tetap perlu. Tapi biarlah penuh hikmah. Tegur secara peribadi, pandang mata mereka dengan kasih sayang dan gunakan nada yang mendidik, bukan menghukum. Senakal mana pun jangan dahulukan emosi sebaiknya sandarkan pada akal.

Kadangkala satu teguran yang bijaksana lebih meninggalkan kesan berbanding herdikan di hadapan rakan di kantin sekolah.

Kerana tujuan kita bukan merendahkan, tetapi membina.