Raikan Hari Guru dengan 'Sekuasa Teacher Hunt 2025'

Iklan
Sekuasa Teacher Hunt 2025 berjaya mengangkat peranan guru yang bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi sebagai peneraju keharmonian dan perpaduan dalam komuniti sekolah.

Sempena sambutan Hari Guru 2025, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu Satu, Selangor menganjurkan program istimewa dikenali 'Sekuasa Teacher Hunt 2025' di sekitar kawasan sekolah dan pekan Kuala Kubu Bharu.

Program anjuran Kelab BAGUS 2024/2025 itu telah mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga sekolah dan diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Zon 8 Kuala Kubu Bharu, Saripah Bakar yang telah merasmikan program tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan rasa penghargaan terhadap usaha pihak sekolah yang bukan sahaja menghargai jasa para pendidik, malah berjaya mengangkat elemen warisan tempatan sebagai sebahagian daripada pengisian program Hari Guru.

Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu Satu, Cikgu Adli Ibrahim melahirkan rasa bangga terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah dan rakan kerjasama luar.

Iklan

"Objektif utama program ini adalah untuk menghargai sumbangan cikgu sempena Hari Guru, di samping mengukuhkan silaturahim dan membina semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

"Ia juga membuka ruang untuk kita mengenali keunikan warisan Kuala Kubu Bharu sebagai sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan seni bina klasik," ujar beliau.

Iklan

Tambahnya lagi, penganjuran program sebegini bukan sahaja memupuk suasana kerja yang harmoni, malah turut membentuk komuniti sekolah yang lebih erat, prihatin dan saling menyokong.

Terdahulu, penganjuran 'Sekuasa Teacher Hunt 2025' telah mendapat kerjasama erat daripada Kelab Rekreasi dan Pelancongan Daerah Hulu Selangor yang membantu menjayakan aktiviti berkonsepkan treasure hunt atau pencarian harta karun di beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Kubu Bharu.

Aktiviti dimulakan seawal jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran dan senamrobik sebagai pemanas badan.

Seterusnya, peserta dilepaskan untuk menyertai cabaran yang bukan sahaja mencabar minda tetapi juga menguji kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan dan semangat setiakawan antara guru dan staf.

Tepat jam 12 tengah hari, para peserta kembali ke lokasi akhir untuk majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang sebelum menikmati jamuan tengah hari di Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Kuala Kubu Bharu.

Keseluruhan program berjalan lancar dengan sokongan dan komitmen tinggi daripada jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang terlibat.