Inisiatif kekal peranan buku

Iklan
Pelajar duduk sambil membaca buku yang mereka beli di PBAKL 2025. Gambar kecil: Khairul Azhar.

Antara kemudahan dan ketepatan ilmu

Di sebalik transformasi digital dalam dunia pendidikan, kewujudan buku fizikal masih utuh sebagai simbol ilmu dan budaya membaca yang tidak lapuk dek zaman.

Malah, bagi sebahagian pencinta ilmu, buku fizikal bukan sekadar platform bacaan, namun warisan intelektual yang wajar dipertahankan.

Iklan
Iklan

Usahawan, Khairul Azhar Baba, 41, berkata, pihak berwajib seperti pustakawan perlu mempunyai inisiatif untuk mengekalkan buku supaya ia kekal hingga ke generasi akan datang.

"Walaupun kita ada e-book, tetapi ia tidak sama dengan fizikal. Ini kerana sentuhannya itu akan kekal.

Iklan

"Kalau digital ini semua dalam talian, sentuh pun bahagian skrin sahaja.

"Buku merupakan sumber utama untuk sesiapa sahaja yang mengejar ilmu atau mereka yang mahukan kesahihan tentang sesuatu perkara,” katanya kepada Sinar Bestari.

Iklan

Dalam usaha membina generasi celik ilmu, sudah menjadi tanggungjawab setiap pihak untuk memainkan peranan memelihara dan mengekalkan penggunaan buku fizikal dalam sistem pendidikan.

Orang ramai meneliti bahan bacaan seperti novel dan komik serta rujukan lain di PBAKL 2025.

Internet cari maklumat tambahan

Internet bukan sekadar medium hiburan atau komunikasi, namun merupakan sumber rujukan tambahan yang mampu memperkukuh kefahaman terhadap sesuatu topik yang dipelajari dalam kelas.

Begitulah didikan yang dilakukan Khairul Azhar kepada anak-anaknya, dia memberi tempoh kepada mereka untuk melakukan pencarian dalam talian.

"Kadang-kadang e-book ini tidak mengikut disiplin ilmu. Buku fizikal kita tahu ada silibus dan dijadikan sebagai panduan untuk belajar.

"Jadi, anak-anak juga perlu merujuk kepada bahan bacaan yang sedia ada,” katanya.

Ditanya tentang pembelian bahan bacaan semakin mahal, bapa kepada lima orang anak itu memaklumkan bahawa pembaca perlu mengukur isi kandungan yang berada dalam buku.

Ini kerana, ia mempunyai garis panduan kepada pembaca yang perlu digunakan terlebih dahulu.

"Soal murah atau mahal itu bergantung kepada isi kandungan dalam buku ini. Ada yang tersusun untuk menjaga ilmu.

"Kadang-kadang, apabila orang nak belajar, mereka tidak mengikut bab atau topik. Jadi, apabila individu guna pencarian dalam internet, bab atau topik boleh bertukar dan membuatkan dia salah faham.

"Contohnya dalam konteks agama, jadi, pemahaman individu boleh tersasar,” katanya.