Celik siber, masa depan terjamin

Iklan
Ancaman siber nyata. Amalkan keselamatan digital dalam setiap tindakan. Foto: Canva

Dunia serba moden, masih ramai pengguna yang alpa tentang keselamatan digital hingga terdedah kepada ancaman siber.

Namun kini, semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap bidang ini, sama ada dipengaruhi keluarga, pengalaman sendiri atau minat sejak kecil.

Iklan
Iklan

Ada yang belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus sebagai kerjaya pilihan.

Ikuti perkongsian pelajar-pelajar bersama Sinar Bestari!

Iklan

1) “Dunia teknologi kini berkembang dengan sangat pantas. Menerusi bidang keselamatan siber di peringkat universiti akan membantu saya kelak. Sebenarnya, ibu juga berada dalam industri keselamatan siber. Jadi, beliau suri teladan untuk terus bersinar dalam bidang ini." - Pelajar Institusi Kemahiran Mara, Sik, Kedah, Ain Wardiasoffi Ghazali, 19.

Ain Wardiasoffi

Iklan

2)"Impian saya untuk menjadi Pegawai Operasi Pusat Keselamatan (SOC), sebab itu meneruskan minat sejak sekolah menengah untuk kekal dalam dunia keselamatan siber. Memang bidang ini mencabar tetapi selagi ada minat dan rasa untuk belajar, ia akan menjadi pembakar untuk terus meneroka industri siber ini." - Pelajar German - Malaysian Institute (GMI), Muhammad Irfan Hakeem Nizwan Khairis, 19.

Muhammad Irfan Hakeem

3)"Saya banyak belajar tentang teknologi apabila masuk ke universiti. Selain pendidikan formal, dapat juga teroka platform dalam talian untuk mendapatkan pengalaman praktikal. Semakin suka meneroka tentang siber dan lebih bersemangat untuk mengetahui mengenai teknologi itu sendiri. Apabila kita mula rasa ketagih untuk belajar, perkara yang susah akan menjadi mudah." - Pelajar Tunku Abdul Rahman University Management and Technology (TARUMT), Choo Qian Joe, 22.

Qian Joe

4)"Mula berminat dengan keselamatan siber sejak kecil, mungkin ketika itu masih sekolah rendah selepas mula menonton siri Mr Robot tetapi bukanlah sebagai pilihan kerjaya kerana berada dalam bidang perakaunan. Namun, selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mula membuat kajian dan semakin mendalami keselamatan siber ini, semakin sedar betapa menariknya bidang ini walaupun saya tahu ia sangat mencabar." - Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Akmal Aliff Aris Affendi, 22.

Akmal Aliff Aris

INFO

Universiti atau institusi yang menawarkan pendidikan Keselamatan Siber

1) UniKL

2) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

3) Universiti Malaya (UM)

4) Universiti Teknologi MARA (UTM)

5) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

6) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

7) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)

8) Asia Pacific University (APU)

9) Universiti College TATI (UCTATI)

10) Multimedia University (MMU)

11) German-Malaysian Institute (GMI)

12) Politeknik

Foto: Canva