Guru kedua atau ketagihan teknologi?

Iklan
Gambar hiasan.

Kehadiran kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dalam dunia pendidikan mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menganggapnya sebagai ‘guru kedua’ yang memudahkan pemahaman dan tugasan, namun ada juga yang bimbang pelajar semakin bergantung dan kurang berusaha.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari mendekati pelajar untuk mengetahui pandangan mereka.

Jom!

Iklan

"Sebagai pelajar yang mahu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, saya agak kerap menggunakan kemudahan AI seperti ChatGPT untuk mendapatkan penerangan. Terutamanya bagi subjek yang mempunyai topik sukar seperti Matematik Tambahan dan Fizik. Untuk subjek Bahasa Inggeris, saya boleh belajar tentang tatabahasa. Lebih memudahkan pelajar apabila ChatGPT boleh tolong sediakan nota ringkas terhadap topik-topik penting.” - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semantan, Pahang, Muhammad Syarafuddin Syarulnizam, 17.

 

Iklan

"Di sekolah, kami menggunakan kemudahan seperti ChatGPT hanya dengan kebenaran cikgu. Bagi mata pelajaran yang tiada kepentingan untuk menggunakannya, memang tidak digalakkan. Pelajar disaran untuk tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada ChatGPT atau kemudahan AI yang lain supaya pelajar lebih faham secara semula jadi dengan buku teks.” - Pelajar SMK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan, Zainur Qaleesya Zamri, 16.

Dari kiri: Muhammad Syarafuddin, Zainur Qaleesya, Muhammad Aidi Syaffri dan Nurul Alia Natasha

"Kebanyakan pensyarah memang sudah tahu dan ambil maklum bahawa pelajar menggunakan kemudahan AI untuk menyiapkan tugasan. Ada pensyarah yang memberi peluang itu untuk dapatkan idea dalam setiap topik pembelajaran. Cumanya, pensyarah menegaskan untuk tidak menyalin sepenuhnya apa yang diberikan oleh AI tersebut. Ia kerana apabila pelajar terlalu bergantung kepada ChatGPT, quillbot atau deepseek, mereka akan susah untuk kembalikan semula keaslian ilmu itu.” - Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Kewartawanan UiTM Shah Alam, Nurul Alia Natasha Chahidan, 23.

 

"Sebagai pelajar, saya memang ada menggunakan kemudahan AI untuk belajar dan menyiapkan tugasan. Ada kalanya, apabila sukar untuk kembangkan idea, ia memang sangat membantu. Cuma, cara kita gunakan itu sangat penting sebab tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kerana ia menghalang kreativiti dan kebebasan untuk menyiapkan tugasan. Kualiti kerja juga akan terjejas sekiranya terlalu banyak AI dalam tugasan. Ia ibarat pelajar tidak peduli atau ambil enteng terhadap tugasan yang diberikan.” - Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Kewartawanan UiTM Shah Alam, Muhammad Aidi Syaffri Mohd Idham, 29.