Pelajar lelaki tikam pelajar perempuan hingga maut ditahan

Iklan
Mohd Khalid

Seorang pelajar lelaki yang disyaki menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor telah ditahan pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pelajar lelaki berusia 14 tahun telah menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Ia satu kejadian yang menyedihkan, pelajar perempuan itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Suspek telah ditahan, kes masih dalam siasatan, motif kejadian belum dapat dikenal pasti," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Kempen Anti Buli Polis Diraja Malaysia pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan, pelajar perempuan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Iklan

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.

Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.