Jual arak di sekolah: KPM serah kepada pihak berkuasa siasat - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden penjualan arak di sebuah premis dalam kawasan sekolah seperti yang tular baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran peraturan yang melibatkan institusi pendidikan.

Iklan
Iklan

"Kita dah serahkan kepada pihak autoriti untuk menyiasat dan kita tidak kompromi dalam mana-mana salah laku ataupun pelanggaran peraturan. Kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu. 

Beliau berkata, siasatan juga masih dijalankan pihak berkuasa termasuk insiden pergaduhan semasa majlis lelongan itu diadakan dan KPM akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ketetapan peraturan ditegaskan semula serta tindakan yang perlu.

Iklan

Tular baru-baru ini, fasiliti sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan bagi penganjuran jualan lelong arak sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan dilaporkan turut berlaku kes pergaduhan dalam majlis itu. - Bernama

 

Iklan