Apa itu penyelenggaraan pesawat?

Iklan

Industri penyelenggaraan pesawat merupakan satu cabang penting dalam sektor penerbangan yang bertanggungjawab memastikan semua pesawat berada dalam keadaan selamat, cekap dan boleh beroperasi mengikut piawaian antarabangsa.

Bidang ini melibatkan kerja-kerja seperti:

Iklan
Iklan

• Pemeriksaan rutin (daily/weekly inspection)

• Penyelenggaraan berkala (A-check, C-check dan D-check)

Iklan

• Pembaikan struktur dan enjin pesawat

• Penukaran komponen usang

Iklan

• Dokumentasi teknikal mengikut piawaian keselamatan

Laluan pendidikan:

• Pelajar yang berminat dengan dunia ini boleh memasuki bidang berkenaan melalui Diploma Penyelenggaraan Pesawat yang berada di UniKL Miat, GiatMara atau Institusi Kemahiran Mara (IKM).

• Mereka juga boleh mendapatkan lesen Aircraft Maintenance License (AML) yang diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).