Kematian pelajar Tingkatan Satu: KPM jamin tindakan sewajar akan diambil

Iklan
Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Menterinya, Fadhlina Sidek menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkait kes berkenaan yang masih dalam siasatan polis.

Iklan
Iklan

"Beri ruang kepada polis untuk menjalankan tugas secara profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti. Tiada siapa yang akan dilindungi dan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau berkata, KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan, selain komited untuk terus memastikan kesejahteraan keluarga, murid, guru dan warga sekolah terlibat terpelihara.

Iklan

"Ini dilakukan menerusi penyediaan bantuan segera termasuk aspek sokongan psikososial dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini," katanya.

Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah. - Bernama

Iklan