Cikgu Mohd Sabri meninggal dunia dalam kemalangan. 'SK Durian Hijau kehilangan guru berdedikasi & disenangi ramai'

Iklan
Cikgu Mohd Sabri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbakar.

Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Hijau, Jerantut, Pahang dikejutkan dengan berita pemergian seorang guru yang amat disayangi, Cikgu Mohd Sabri Bakar, 59, yang maut dalam satu kemalangan jalan raya petang Selasa lalu.

Cikgu Mohd Sabri yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) SK Durian Hijau, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbakar hampir 80 peratus berhampiran SK Guai, Bera, sekitar jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.

"Siasatan awal mendapati kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbakar. Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum api marak,” katanya.

Iklan

Mangsa yang beralamat di Jalan Persisir Utama Kampung Guai, Temerloh, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah abangnya di Kampung Guai dari kediamannya di Bukit Lada, Kerdau, ketika kejadian.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan teknikal lanjut.

Sementara itu, berita pemergian Allahyarham Cikgu Mohd Sabri mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan warga sekolah, para murid dan komuniti setempat.

Malah, rata-rata rakan sekerja dan bekas pelajar menyifatkan beliau sebagai insan yang begitu prihatin terhadap kebajikan murid serta sentiasa menjadi tempat rujukan guru-guru muda.