Hadiah murid, tanda kasih bukan bodek - Guru

Iklan
Pemberian hadiah kepada guru bukan bertujuan untuk membodek, sebaliknya sebagai tanda terima kasih, penghargaan dan kasih sayang terhadap insan yang mendidik anak bangsa. Foto: Canva

Baru-baru ini, kenyataan seorang bekas menteri mengenai amalan pemberian hadiah kepada guru telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat khususnya warga pendidik di negara ini.

Dalam satu episod podcast, beliau menyatakan bahawa budaya memberi hadiah kepada guru boleh menjadi 'benih' kepada budaya membodek yang bermula sejak zaman persekolahan lagi.

Iklan
Iklan

Susulan kenyataan itu, ramai guru meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh bekas menteri tersebut.

Kata mereka, pemberian hadiah kepada guru bukan bertujuan untuk membodek, sebaliknya sebagai tanda terima kasih, penghargaan dan kasih sayang terhadap insan yang mendidik anak bangsa.

Iklan

Ada juga guru yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah, malah lebih menghargai ucapan terima kasih atau doa daripada anak murid mereka.

Foto: Canva

Iklan

Terdapat juga pandangan yang menegaskan bahawa memberi hadiah bukanlah satu kewajipan, sebaliknya dilakukan secara sukarela dan tidak pernah menjadi faktor penilaian terhadap prestasi pelajar.

"Bentuk hadiah seperti sajak, lukisan, bunga, pen merah, pen biru dan banyak lagi. Apa yang nak dibodek, guru tak minta pun. Bila bersara pula, sekali itulah diberi hadiah kumpulan. Bukankah itu penghargaan kepada guru? Apa pulangan yang murid peroleh jika cikgu dah bersara.”

"Ada ibu bapa beri hadiah rotan, adakah itu bodek supaya anaknya tidak dirotan atau dihukum?

"Cikgu dapat pen marker pun dah seronok. Kadang tak tahu mana satu murid yang bagi hadiah. Nak ucap terima kasih pun tak sempat. Adakah ini dikatakan membodek."