Cikgu, ragbi dan SPM

Iklan
Noreman Radzikin

Komitmen guru MRSM Balik Pulau pastikan atlet tidak ketinggalan pelajaran

Sudah menjadi kebiasaan apabila pelajar yang mewakili sekolah dalam apa juga perlawanan sukan akan terlepas beberapa sesi pembelajaran dalam kelas.

Bagaimanapun, guru-guru di MRSM Balik Pulau tidak pernah melupakan anak didik yang mampu mengharumkan nama sekolah itu.

Iklan
Iklan

Kapten pasukan, Noreman Radzikin Suhaimi, 17, berkata, barisan pendidik akan sentiasa memastikan pelajar terutama yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk terus mengikuti pembelajaran seperti biasa.

“Cikgu akan beri kami tugasan atau nota berkaitan untuk belajar sendiri. Apabila ada waktu lapang atau sudah tamat perlawanan, kami akan belajar berkumpulan.

Iklan

“Jadi, di situ juga kami boleh lihat bahawa cikgu sangat menyokong pasukan BP Cougars ini,” katanya kepada Sinar Bestari.

Musim ini telah berakhir, trofi sudahpun dijulang dan kenangan tercipta, namun bagi kapten pasukan, perjuangan sebenar tidak terhenti di sini.

Iklan

Di sebalik senyuman kemenangan, tersimpan satu harapan yang besar agar semangat juang, disiplin dan kekuatan pasukan BP Cougars diteruskan oleh generasi baharu pada musim akan datang.

“Kami mungkin sudah habis musim, tapi ragbi di MRSM Balik Pulau tidak boleh berhenti di sini.

“Saya harap pemain yang ada ini akan terus membawa semangat, bukan untuk menang sahaja tetapi sentiasa belajar erti setia kawan, tanggungjawab dan keberanian,” katanya.