1.Kuasai asas pergerakan
Pelajar perlu mempelajari cara memegang bola dengan betul. Mereka juga perlu melatih kemahiran asas seperti menghantar, menangkap dan menyekat. Biasakan dengan peraturan asas seperti offside dan forward pass.
2.Fahami taktik pasukan
Ragbi bukan sekadar lari dan rempuh, ia memerlukan strategi. Pemain perlu memahami peranan masing-masing dalam formasi seperti forward, back, winger atau scrum-half. Pemain boleh belajar membaca pergerakan lawan dan rakan sepasukan.
3. Latihan fizikal yang konsisten
Pemain perlu meningkatkan stamina dengan larian jarak jauh dan sprint. Mereka juga perlu melakukan latihan kekuatan seperti push-up, squat dan plank secara berkala. Sebelum dan selepas latihan juga diingatkan pemain perlu melakukan regangan supaya ia boleh mengelak kecederaan.
4. Kekuatan mental penting
Pemain perlu kekal fokus dalam tekanan tinggi terutamanya dalam saat akhir perlawanan. Jangan mudah berputus asa walaupun ketinggalan markah.
5. Utamakan semangat berpasukan
Jangan bermain untuk diri sendiri, ragbi merupakan sukan kolektif. Setiap pemain perlu memberi sokongan kepada rakan sepasukan walaupun mereka melakukan kesilapan.
SEKOLAH YANG PERNAH MEMENANGI KEJOHANAN RAGBI SUPER SCHOOLS 2025 GRAND FINAL
2013 - Sekolah Tunku Abdul Rahman
2014 - Malay College Kuala Kangsar
2016 - Sekolah Tunku Abdul Rahman
2017 - Victoria Institution
2018 - Malay College Kuala Kangsar
2019 - SMS Hulu Selangor
2023 - Victoria Institution
2024 - SMS Hulu Selangor
2025 - MRSM Balik Pulau