'Arwah sangat rapat dengan ibu, selalu buat biskut bersama' - Pemergian pelajar UUM buat ramai sebak

Iklan
Jenazah empat sekeluarga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Bemban pada 12.30 tengah malam tadi. Gambar kecil: Nor Aina Imra

"Nor Aina Imra sangat rapat dengan ibu kerana dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga." 

Kongsi Muhammad Fakris Nor Amran, 23, iaitu abang kepada pelajar Semester Dua, Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Nor Aina Imra Nor Amran, 21, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 33, Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Felda Chiku 1 di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut Muhammad Fakris, kehilangan Nor Aina Imra yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik, meninggalkan kesan mendalam kepada ibu mereka, Shahima Hamid, 54, apatah lagi dalam kemalangan sama, abang mereka, Muhammad Faiz Nor Amran, 32, turut terkorban.

"Arwah Nor Aina Imra satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan selalu membuat biskut bersama mak.

Iklan

"Setiap hari Jumaat, arwah akan membantu mak menjualnya (biskut)," kata Muhammad Fakris sebagaimana dilaporkan portal tempatan.

Terdahulu, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu Nor Aina Imra, Muhammad Faiz, Muhammad Aryan Fattah (5) dan Muhammad Ayden Fattah (4) dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas selepas menghadiri himpunan kereta di Sepang, Selangor pada Sabtu.

Iklan

Kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.