Peluang keemasan pelajar

Iklan

Kongsi rasa bangga sertai TMD tahun ini

Bagi ribuan pelajar yang terpilih dalam persembahan tarian sempena Hari Kemerdekaan 2025 di Dataran Putrajaya, peluang ini ibarat pengalaman berharga yang sukar dilupakan.

Rasa bangga dan teruja jelas terpancar apabila diberi kesempatan mengibarkan semangat patriotik melalui setiap langkah tari, di samping menyumbang tenaga dalam acara berprestij yang akan disaksikan jutaan manusia.

Iklan
Iklan

Ikuti perkongsian pelajar Kumpulan Tarian Merdeka (TMD) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 ini.

Darshana Elisyaa

Iklan

"Kawan-kawan yang mengajak untuk menyertai TMD ini. Saya rasa sangat teruja dan seronok apabila terpilih sebab ia kali pertama sertainya. Ibu bapa juga banyak membantu, mereka minta saya sertai program ini kerana ia pengalaman yang tidak dilupakan. Kalau diberi peluang, memang mahu mengikuti lagi sekiranya sekolah terpilih pada tahun depan.” - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Raja Zarina, Darshana Elisyaa Sivakumar, 14.

Muhammad Arif Naqib

Iklan

"Sertai TMD kerana dipelawa oleh guru. Mulanya, ingatkan tarian kemerdekaan ini satu aktiviti membosankan tetapi apabila dah berlatih dalam kelompok ini, jadi sangat seronok. Saya juga memang pernah menyanyi, jadi pembelajaran vokal itu jadi lebih mudah.” - Pelajar SMK Pandan Jaya, Muhammad Arif Naqib Khairul Kamal, 15.

Sarvashkumar

"Ini merupakan kali ketiga saya sertai TMD, memang rasa sangat bangga dengan diri sendiri dan seronok sebab pengalaman yang tidak boleh dapat di tempat lain. Di sini, kita berjumpa ramai kawan baharu dan mendapat banyak pengalaman. Setiap langkah tarian yang diajar oleh jurulatih, kami akan ikut. Jika tersalah, kita akan berlatih lagi sehingga gerakan itu menjadi.” - Pelajar SMK Bukit Bintang, Sarvashkumar Sivakumar, 15.

Nur Daniela Damia

"Perasaan apabila menyertai pasukan tarian kemerdekaan ini mestilah teruja. Saya belajar banyak perkara baharu seperti gerakan kreatif dan teknik vokal terkini. Untuk adik-adik yang mungkin hendak sertai kumpulan tarian ini pada tahun depan, pastikan anda semua tidak takut dan jangan malu. Keberanian setiap orang itu perlu kerana kita buat persembahan dalam satu pasukan.” - Pelajar SMK (P) Raja Zarina, Nur Daniela Damia Mohd Azrid, 15.

Muhammad Zuhair

"Sebenarnya persembahan tarian ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Pelajar perlu ada disiplin diri yang tinggi untuk mendapatkan tarian dan vokal yang mantap. Saya berharap dapat menyertai lagi persembahan ini untuk tahun hadapan supaya boleh tambah pengalaman yang lebih menarik.” - Pelajar SMK Sultan Abdul Samad, Muhammad Zuhair Mohd Nazri, 15.

Jade Yu Ching

"Sangat bangga apabila dipilih menyertai kumpulan tarian kemerdekaan tahun ini. Saya juga dapat berkenalan dengan kawan baharu serta berinteraksi dengan rakan-rakan pelbagai bangsa. Inilah pengalaman yang paling berharga saya peroleh sepanjang bersekolah. Peluang ini hanya datang sekali jadi, saya berharap pelajar lain berani untuk rebut peluang dengan menyertai kumpulan ini, jangan takut dan yakin pada diri sendiri.” - Pelajar SMK Seri Kembangan, Jade Yu Ching, 16.