Pertandingan kemahiran serantau terbesar, WorldSkills ASEAN Manila 2025 yang berlangsung di World Trade Center Metro Manila, Filipina, baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu dengan penuh gemilang.
Acara dwitahunan itu menghimpunkan hampir 300 peserta dari seluruh negara ASEAN yang bersaing dalam 32 bidang kemahiran merangkumi teknologi, kejuruteraan, reka bentuk, automasi, hospitaliti dan pelbagai lagi cabang kemahiran teknikal moden.
Lebih membanggakan, kontinjen Malaysia berjaya mencipta kejayaan luar biasa apabila meraih 13 pingat emas sekali gus muncul antara pencapaian terbaik negara dalam sejarah penyertaan di pentas WorldSkills ASEAN.
Selain itu, pasukan negara turut membawa pulang empat pingat perak, tiga pingat gangsa dan dua Medallion for Excellence (Anugerah Kecemerlangan) yang diberikan kepada peserta berprestasi tinggi.
Kejayaan tersebut dianggap sebagai hadiah bermakna buat rakyat Malaysia bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-68.
Hari ini, Sinar Bestari kongsikan senarai nama peserta Malaysia yang telah mengharumkan nama negara melalui pencapaian gemilang di Manila.
13 pingat emas
1) 3D Digital Game Arts: Lam Kar Cun merupakan pelajar dari Claz’room College, Petaling Jaya, Selangor
2) Fashion Technology: Nadratulliyana Ab Malek (GIATMARA Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka)
3) Bakery: Herman Wong Xiu Hong (Taylor's University, Subang Jaya, Selangor)
4) Beauty Therapy: Angellin Ai Pian (Sense Perfect International College, Pulau Pinang)
5) Cooking: Grace Ong Yi Mei (Taylor's University)
6) Hairdressing: Wan Nur Amilya Wan Zolkarnaini (Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu)
7) Electronics: Amirul Sharif Sharifudin (MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang, Selangor)
8) Welding: Muhammad Haris Irfan Abdul Halid (GIATMARA Kepala Batas, Pulau Pinang)
9) Cabinet Making:Khairul Idham Bahari (Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak)
10) Cabinet Making: Mohamad Ikbal Maznan (IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang)
11) Cyber Security (Team): Mohammad Ezaly Iman Ramli (Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Maklumat Malaysia (UniKL MIIT) dan Wang Teng Zheng (Tunku Abdul Rahman University Of Management & Technology (TAR UMT)
12) Web Technologies: Muhammad Zahidi Mohd Zaidi (Kolej Vokasional (KV) Sungai Petani 1, Kedah / Fulkrum Interactive Media Sdn Bhd)
13) Automobile Technology: Nuraisyah Azlin (KV Kajang, Selangor)
Empat pingat perak
1) Cobot Sysyem Integration: Wan Ariq Ulwan Wan Hasbullah dan Danial Haziq Dali (ADTEC JTM Kampus Shah Alam, Selangor)
2) Welding: Muhammad Ammar Azli (IKBN Wakaf Tapai, Terengganu)
3) Internet - Of - Things (Team): Ang Wen Yee dan Yong Qiao Rou (TAR UMT)
4) IT Software Solutions For Business: Chuah Ming Xuan (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tiga pingat gangsa
1) 3D Digital Game Arts: Goh Yi Jie (Claz’room College)
2) Electrical Installations: Muhammad Haziq Lailla Zamri (IKM Johor Bahru, Johor)
3) Automobile Technology: Muhammad Aidil Fahmi Aznan (KV Butterworth, Pulau Pinang)
Dua Medallion for Excellence
1) Electrical Installations: Kairul Amer Ruslan (IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor)
2) IT Network Systems Administration: Muhammad Safwan Habib (Politeknik Kuching Sarawak)