Kenali PTU Muhamad Norazlan! Ikon keberanian & inspirasi anak muda

Iklan
Muhamad Norazlan ketika menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM pada persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Ahad lalu.

Nama Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris menjadi bualan ramai selepas aksi hebat beliau menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM pada persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya Ahad lalu.

Kehebatan beliau mengendalikan pesawat tempur berteknologi tinggi itu nyata memukau ribuan penonton yang hadir termasuk para guru dan pelajar yang kagum melihat keberanian serta kemahiran luar biasa tersebut.

Iklan
Iklan

Apa yang lebih membanggakan, Muhamad Norazlan mencatat sejarah sebagai PTU pertama mengetuai persembahan udara Hari Kebangsaan.

Iklan

Sehubungan itu, Sinar Bestari tampil berkongsi sedikit latar belakang Muhamad Norazlan yang dipetik daripada sumber tempatan sebagai rujukan guru dan pelajar untuk dijadikan inspirasi.

1) Muhamad Norazlan dilantik sebagai PTU ke-21 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang menamatkan perkhidmatan 26 Jun lalu.

Iklan

2) Pelantikan Muhamad Norazlan yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara dilaksanakan dalam Upacara Serah Terima Tugas di Pangkalan Udara Subang.

3) Muhamad Norazlan, 58, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi pada 1985 hingga 1987 sebelum memulakan latihan penerbangan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1988 di Alor Setar.

4) Sepanjang kerjayanya, Muhamad Norazlan sudah menerbangkan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Aermacchi MB3394, A4PTM Skyhawk, Mikoyan Guverich MIG29N/UB dan Sukhoi 30MKM.

5) Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam TUDM antaranya Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (P&P), Ketua Staf di Markas Pemerintahan Operasi Udara, Panglima Bantuan Udara dan Panglima Operasi Udara sebelum menjawat jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara sejak 28 Jun 2022.

6) Sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan dan negara, Muhamad Norazlan telah dianugerahkan pelbagai Darjah Kebesaran dan Pingat dari Persekutuan, Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) Seri Mahkota Wilayah (SWM), Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Negara (KMN), Ahli Mangku Negara (AMN), Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN).

7) Beliau juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak lima kali iaitu semasa berpangkat Kapten TUDM, Mejar TUDM, Leftenan Komander (Lt Kol) TUDM, Kolonel TUDM dan Brigedier Jeneral TUDM.

8) Muhamad Norazlan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Wan Nor Sazlina Wan Abd Shukor pada 19 Ogos 1994.

9) Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan.

10) Waktu lapang beliau sering digunakan untuk melakukan aktiviti riadah dan melancong.