'Dia bermula di bangku sekolah. Jadi, tak mustahil bersinar dalam dunia bola sepak' - Kisah inspirasi Faisal Halim

Iklan
Bakat dan kejayaan yang dimiliki anak kelahiran Pulau Pinang ini sebenarnya tidak datang bergolek sebaliknya ia penuh dengan cabaran dan kerja keras sejak di bangku sekolah lagi.

Para pelajar khususnya yang meminati bola sepak pasti mengenali sosok pemain kebangsaan ini, Faisal Halim atau nama penuhnya Muhammad Faisal Abdul Halim.

Pada usia 27 tahun, dia bukan sahaja hebat di padang, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda yang bercita-cita dalam sukan bola sepak.

Iklan
Iklan

Bakat dan kejayaan yang dimiliki anak kelahiran Pulau Pinang ini sebenarnya tidak datang bergolek sebaliknya ia penuh dengan cabaran dan kerja keras sejak di bangku sekolah lagi.

Tinjauan Sinar Bestari menerusi beberapa portal tempatan mendapati, perjalanan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian, Pulau Pinang dalam arena bola sepak bermula dengan menyertai Soccer Kids Musim Ke-3, sebuah program pembangunan bakat muda.

Iklan

Menerusi kecemerlangannya di situ membolehkan dia terpilih sebagai antara pelatih terbaik dan berpeluang melawat Akademi Tottenham Hotspur di United Kingdom, satu pengalaman berharga yang jarang dinikmati pemain muda.

Iklan

Tidak terhenti di situ, Faisal turut menyertai program realiti Mencari Ramli, yang memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan menimba pengalaman di luar negara.

Melalui program ini, dia bersama lima lagi pelatih dibawa ke Old Trafford untuk berlatih bersama-sama pemain Manchester United.

Untuk makluman semua, bakat pemuda ini semakin menyerlah apabila memulakan karier bersama pasukan belia Pulau Pinang sebelum diserap ke skuad senior Penang FC pada tahun 2016 hingga 2020.

Kariernya semakin berkembang apabila pasukan bola sepak Pahang datang ke rumah untuk menandatangani kontrak sebagai pemain Pahang.

Pada Piala FA 2018, Sri Pahang berjaya menjadi juara.

Faisal meneruskan kariernya bersama Terengganu FC dan menyarung jersi nombor 7 dengan kontrak selama dua tahun bermula 6 Disember 2020.

Pada 22 Disember 2022, pemain hebat ini melangkah ke episod baharu apabila berpindah ke Selangor FC untuk beraksi di posisi penyerang.

Di sini, dia terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam Liga Super Malaysia dan skuad kebangsaan.

Sepanjang kariernya, Faisal mengumpul pelbagai gelaran dan pengiktirafan, antaranya:

1) Naib Juara Piala Presiden Malaysia 2015 (Penang)

2) Juara Piala FA Malaysia 2018 (Pahang)

3) Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)

4) Naib Juara Piala FA 2022 (Terengganu)

5) Naib Juara Liga Super 2023 (Selangor FC)

6) Naib Juara Piala Raja Thailand 2022(Malaysia)

7) Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2022 (Malaysia)

8) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Malaysia - FAN XI Tahun 2022

9) Kejohanan Bola Sepak ASEAN XI Terbaik Tahun 2022

10) Piala Asia AFC Gol Terbaik Tahun 2023

Tahniah Faisal atas segala pencapaian yang diraih. Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk mengejar impian mereka.