Anak Malaysia tersenarai lima terbaik dunia dalam HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025

Iklan
Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing hebat dengan wakil negara lain di peringkat global.

Pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri, Sarawak, Theodora Pei Ern Huei, berjaya menempatkan diri dalam lima teratas dunia bagi kategori HIPPO 4 dalam HIPPO English Olympiad Antarabangsa 2025 di Assisi, Itali.

Dalam saingan itu, Theodora memperoleh markah setara dengan finalis tempat kelima sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing hebat dengan wakil negara lain di peringkat global.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi SMK Merbau, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Theodora dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Perjalanan Theodora menjadi inspirasi kepada semua pelajar muda di Malaysia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Iklan

"Teruslah mengharumkan nama sekolah dan negara di peringkat dunia," demikian menurut hantaran sekolah pada Jumaat.

Iklan

Untuk makluman, HIPPO English Olympiad Antarabangsa merupakan pertandingan bahasa Inggeris tahunan anjuran Global Hippo Association, Itali yang bertujuan menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris secara menyeluruh di seluruh dunia.

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan keupayaan mereka dalam empat peringkat berbeza termasuk pusingan kelayakan dan peringkat akhir dunia di Itali, dengan penilaian berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).