Belanjawan 2026: RM100 juta diperuntukkan untuk bina bilik darjah tambahan

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Projek sekolah akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan untuk membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi.

Iklan
Iklan

"Pembinaan bilik darjah tambahan ini melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada. Anggaran siapnya dalam tempoh maksimum enam bulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, sebanyak 350 buah kelas prasekolah baharu akan dibina di bangunan sedia ada.

Iklan

Tambah Anwar yang juga Perdana Menteri, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah.

Iklan