Tindakan paling tegas, tiada kompromi kes salah laku seksual - Fadhlina

Iklan
Fadhlina berkata, kes salah laku seksual yang berlaku di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini adalah amat dikesali

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan kementerian itu.

"Tindakan paling tegas perlu diambil terhadap pesalah. Tiada siapa yang akan dilindungi," kata Menterinya, Fadhlina Sidek dalam kenyataan di Facebook.

Iklan
Iklan

Fadhlina berkata, kes salah laku seksual yang berlaku di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini adalah amat dikesali.

Beliau telah mengarahkan pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

Iklan

Sementara itu, KPM dalam kenyataan memaklumkan kes di Melaka itu sedang diambil tindakan oleh pihak polis dan semua suspek telah direman untuk siasatan lanjut.

KPM turut mengarahkan semua pentadbir institusi pendidikan untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang diguna pakai dan memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan.

Iklan

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, empat pelajar lelaki Tingkatan Lima yang disyaki terlibat melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 2 Oktober lepas, direman enam hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun itu direman hingga 16 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - Bernama