Belia TVET pacu inovasi negara

Iklan
Michell Bearings dihasilkan Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda Tech), Pulau Pinang diinspirasikan melalui semangat perjuangan Global Sumud Flotila (GSF) 2025.

Ekspo TVET@KKDW 2025 peluang baharu pelajar kuasai teknologi, kemahiran abad ke-21

Ekspo TVET@KKDW 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada 10 hingga 12 Oktober lalu menjadi platform terbaik bagi pelajar dan golongan muda mengenali potensi besar dalam bidang kemahiran serta teknologi masa depan.

Menggabungkan pelbagai pemain industri, institusi pendidikan dan agensi kerajaan, ekspo itu memperkenalkan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik serta inovasi hijau melalui pameran, pertandingan dan aktiviti interaktif yang menarik minat generasi muda.

Iklan
Iklan

Bertemakan 'TVET Masa Depan: Berkemahiran, Berinovasi, Berteknologi Tinggi', program anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu mencerminkan komitmen melahirkan tenaga muda tempatan yang kompeten, kreatif serta berdaya saing di peringkat global.

Pelajar Giat MARA Padang Serai, Kedah, Muhammad Haikal Hakimie Modh Fahrudin, 18, menunjukkan replika motocross helmet yang dihasilkan pasukannya sempena pameran Ekspo TVET@KKDW 2025.

Iklan

Mohammad Nazrien Nazmir, 14, dari Giat Mara Thafiz Al Quran Dar Alabrar menujukkan pelbagai paip tembaga yang digunakan dalam penghawa dingin.

Peserta dari Giat Mara Alor Gajah, Melaka menunjukkan karya \'Sayap Gaza\' yang dihasilkan menggunakan barangan kitar semula antaranya dawai teras dan besi rod iron.

Iklan

Gelagat pelajar dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut yang hadir memeriahkan ekspo.

REAKSI

1)"Ekspo ini sangat sesuai bukan sahaja untuk pelajar, malah kepada orang ramai melihat sendiri bidang kemahiran yang ditawarkan melalui TVET. Ramai sebenarnya masih belum tahu potensi besar dalam bidang ini. Ada yang pandang rendah terhadap pelajar TVET tetapi di sini, mereka boleh tengok sendiri hasil rekaan dan inovasi pelajar yang sangat membanggakan." - Pelajar Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tech, Nur Qistina Balqis Noor Apandi, 18.

Dari kiri Nur Qistina Balqis dan Nurdiana Nabila.

2)"Sebagai pelajar pereka fesyen, saya nampak bagaimana teknologi boleh digunakan dalam rekaan pakaian. Apa yang dulu saya tak tahu, sekarang saya boleh praktikkan. Ekspo ini juga beri saya peluang untuk berfikir dari sudut perniagaan bagaimana hendak jadikan rekaan lebih komersial. Contohnya, baju kurung Kedah diolah semula daripada potongan pendek kepada labuh mengikut trend semasa." - Pelajar Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar, Nurdiana Nabila Ahmad Zahari, 21.

Puteri Saidatul Salwa Zakaria, 57, dari Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Lumut menunjukkan kepakarannya dalam mengait beg yang menjadi sebahagian hasil tangan yang dipamerkan dalam Ekspo TVET@KKDW 2025.

3)"Saya baru semester pertama di (IKM) Institut Kemahiran Malaysia, ia pilihan sendiri sebab lebih minat kemahiran. Melalui ekspo ini, saya baru tahu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh dinaik taraf hingga ke tahap lebih tinggi ke peringkat PhD. Ini galakan besar untuk lepasan SPM (Sijip Pelajaran Malaysia) supaya memilih bidang kemahiran yang sebenarnya banyak peluang kerja." - Pelajar IKM Lumut, Ahmad Aiman Hazim Ahmad Ridzauddin, 18.

Dari kiri Ahmad Aiman Hazim dan Mohamed Rafik Seeni.

4)"Saya hendak tengok pameran teknologi dan memang tak sangka banyak inovasi menarik dipamerkan. Program macam ini bagus sebab beri pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang dunia kemahiran. Bagi saya, penganjuran ekspo ini berjaya dan patut diteruskan setiap tahun." - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai, Mohamed Rafik Seeni Jailani, 15.

Simulator kenderaan elektrik (EV) daripada Giat Mara Bagan Datuk antara yang mencuri tumpuan orang ramai sempena Ekspo TVET@KKDW 2025.

Keunikan reruai pameran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menarik perhatian pengunjung.