Jadual peperiksaan SPM 2025 diumumkan! Bermula 3 November dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu

Iklan
Berdasarkan jadual yang diumumkan, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada penghujung Disember. Foto: Arkib Sinar Bestari

Baru-baru ini, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dijadualkan berlangsung mulai November depan.

Berdasarkan jadual yang diumumkan, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada penghujung Disember.

Iklan
Iklan

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM 2025 sebagai rujukan calon, guru dan ibu bapa:

1) Ujian Bertutur Bahasa Melayu (3 hingga 6 November)

Iklan

2) Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (10 hingga 13 November)

3) Ujian Amali Sains (17 hingga 19 November)

Iklan

4) Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (20 November)

5) Peperiksaan bertulis SPM (25 November hingga 23 Disember)

Untuk jadual penuh peperiksaan SPM 2025, anda boleh membuat semakan melalui pautan rasmi yang disediakan DI SINI.