Dasar Malaysia untuk mengintegrasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke dalam pendidikan tinggi yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga kerja negara.
Langkah ini menyusul kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis TVET Negara (MTVET) 2025 di Putrajaya.
Kerajaan juga telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya TVET Negara bagi memperkukuhkan peraturan institusi, menyelaras dan memantau strategi serta mewujudkan ekosistem TVET yang lebih sistematik, berfokus dan responsif.
Perkara ini menjadi semakin mendesak dalam industri penerbangan.
Insiden nahas udara yang berprofil tinggi di seluruh dunia tahun ini telah menonjolkan kesan latihan yang tidak mencukupi atau sudah ketinggalan zaman.
Apabila jumlah penumpang meningkat dan ruang udara semakin sesak, margin kesilapan menjadi semakin kecil.
Bagi sektor pertahanan khususnya pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang mana juruterbangnya berpotensi mengendalikan pesawat ketenteraan jet pejuang, kepentingan latihan yang kukuh dan pesawat yang kebal adalah jauh lebih besar.
Dari dasar ke keupayaan: TVET bertembung dengan pertahanan negara
Dasar TVET Negara dan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyeru agar penggunaan peralatan moden diiringi dengan jalinan kerjasama industri yang lebih kukuh dan pendidikan tinggi yang jitu akan terus membawa kepada peluang pekerjaan untuk graduan-graduan tempatan.
Dalam konteks penerbangan, ini bermakna tiada lagi latihan menggunakan platform lama atau yang sudah ketinggalan zaman.
Pelatih kini mesti menguasai avionik moden, struktur pesawat komposit dan latihan sintetik beresolusi tinggi, teknologi yang sama perlu digunakan dalam operasi sebenar di barisan hadapan.
Dengan memposisikan dirinya sebagai saluran eksklusif Malaysia bagi pesawat latihan dan sistem simulasi Grob, DSAK Group menyediakan penyelesaian menyeluruh yang menggabungkan pendidikan, industri dan pertahanan sekali gus menggantikan pesawat latihan yang ketinggalan zaman dengan sistem latihan abad ke-21 yang bersedia untuk peralihan ke pesawat jet moden.
Kejuruteraan Jerman untuk bakal pejuang Malaysia
Peluang keemasan kepada cadangan ini adalah Grob G 120TP, sebuah pesawat latihan berbingkai komposit yang direka dan dibina sepenuhnya di Jerman.
Ia mempunyai keupayaan aerobatik sepenuhnya dengan had beban ±6g, kawalan hands-on-throttle-and-stick dan avionik digital yang hampir menyerupai pesawat pejuang moden.
Dipadankan dengan pembelajaran berasaskan komputer dan peranti latihan penerbangan beresolusi tinggi daripada Grob, sistem ini membolehkan kurikulum bersepadu: pembelajaran teori, latihan simulator dan aplikasi dalam penerbangan sebenar dalam pengendalian jet pejuang.
Sekali gus mengukuhkan pertahanan udara di mana ruang udara negara tidak dapat dicerobohi.
Sistem Grob ini, yang telah diterima pakai oleh beberapa angkatan udara NATO dan negara sekutu, melahirkan juruterbang yang lebih selamat dan cekap.
Tatkala menjadi satu pengajaran penting hasil daripada insiden kemalangan udara yang telah banyak berlaku tahun ini.
Meningkatkan kemahiran juruterbang pejuang TUDM
Juruterbang TUDM perlu dilatih bukan sahaja dalam penerbangan asas, tetapi juga dalam mengendalikan aerobatik lanjutan, manuver taktikal dan disiplin formasi sebelum mereka mengendalikan jet barisan hadapan.
Silibus berasaskan Grob, yang secara kolaborasi dibangunkan bersama tenaga pengajar TUDM, boleh merangkumi latihan pusingan (loops), gulungan (rolls), pusingan Immelmann, pengurusan tenaga, pemintasan visual dan berinstrumen serta latihan ketahanan g-force.
Memulakan latihan ini menggunakan simulator sebelum diteruskan ke penerbangan sebenar bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan mempercepat pembelajaran, malah menjimatkan jam penerbangan jet yang mahal bagi latihan lanjutan.
Menggantikan sistem yang ketinggalan zaman dan membina keupayaan tempatan
Pesawat latihan asas Malaysia ketika ini sudah berusia puluhan tahun, dengan keupayaan aktiviti penerbangan yang terhad serta kokpit analog.
Simulator yang ada juga tidak mampu meniru avionik moden atau senario taktikal sebenar.
Grob G 120TP dan set latihan simulasinya menawarkan pengganti yang tepat pada masanya.
Pelan DSAK Group turut merangkumi pemindahan kemahiran tempatan dalam penyelenggaraan, pembaikan komposit, servis turbin dan kalibrasi avionik sekali gus mewujudkan graduan TVET Malaysia yang berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan terhadap kontraktor luar negara.
Pendekatan berstruktur ke arah pelaksanaan
Menyedari intensiti modal dan aspek keselamatan dalam latihan ketenteraan, DSAK mencadangkan model pelaburan berfasa, bermula dengan penggunaan simulator berintensiti tinggi serta pesawat menyerupai jet sebenar diperkukuhkan dengan latihan berasaskan komputer sebelum berkembang ke armada jet sebenar.
Kerjasama awam-swasta (PPP) boleh memanfaatkan dana pemodenan TVET kerajaan sambil mengekalkan kawalan ketat terhadap akses dan kerahsiaan silibus taktikal.
Pesawat Grob G 120TP dan sistem simulasi melalui DSAK Group
Reformasi pendidikan Malaysia, keperluan operasi TUDM dan keperluan global untuk latihan penerbangan yang mantap kini bersatu.
Pengenalan pesawat Grob G 120TP dan sistem simulasi melalui DSAK Group, sebagai wakil tunggal Grob di Malaysia, akan menggantikan peralatan ketinggalan zaman, meningkatkan persediaan juruterbang pejuang, serta membina keupayaan latihan penerbangan yang dihormati yang selaras dengan matlamat dasar negara.
Selepas pelbagai insiden penerbangan antarabangsa, pelaburan dalam sistem latihan moden dan kukuh bukan lagi satu pilihan malah ia menjadi suatu keperluan keselamatan negara sekali gus meningkatkan keyakinan orang awam terhadap pertahanan udara negara.
Pendekatan ini bukan sekadar urusan perolehan; ia merupakan pelaburan terhadap keselamatan pasukan udara, keberkesanan angkatan tentera dan pembangunan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk masa depan.
Maklumat penulis:
Pengarah Syarikat DSAK Group, bekas Professor Madya Management & Science University, bekas Pengurus Kanan Xiamen University Malaysia, alumni Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA), Dr Mariam Aisha Fatima
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my