Kebakaran SK Padang Melangit: Jabatan Pendidikan Perlis diminta ambil tindakan segera

Iklan
Sebuah bangunan lapan bilik di SK Padang Melangit dilaporkan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran pagi Khamis. - Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan bahagian-bahagian berkenaan diminta mengambil tindakan segera supaya kerja pembaikan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Padang Besar, Perlis yang terbakar pagi semalam dapat segera dilaksanakan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kejadian itu menjejaskan blok bilik darjah sekolah berkenaan dan seorang mangsa yang tercedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Iklan
Iklan

"Semoga beliau (mangsa) diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan semua urusan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebuah bangunan lapan bilik di sekolah itu dilaporkan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran, yang turut menyebabkan seorang petugas kebersihan swasta cedera melecur 30 peratus.

Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Azhar Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.05 pagi. - Bernama

 

Iklan