Politeknik Malaysia dominasi taekwondo, catat sejarah di VCS 2025

Iklan
Secara keseluruhannya, kontinjen Politeknik Malaysia membawa pulang lapan emas, enam perak dan empat gangsa, menempatkan mereka di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang UiTM dan UPNM.

Politeknik Malaysia mencipta detik bersejarah pada edisi sulung Varsity Combat Sports (VCS) 2025 apabila muncul juara keseluruhan acara taekwondo, mengatasi pasukan ternama seperti Sunway University dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), kejayaan bergaya itu hadir melalui pungutan enam emas, dua perak dan satu gangsa, menjadikan taekwondo sebagai penyumbang utama kepada kecemerlangan keseluruhan kontinjen.

Iklan
Iklan

Kemenangan besar itu digerakkan oleh PSA selaku tuan rumah, yang menyumbang lima emas dan satu perak, diikuti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (satu emas, satu gangsa) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (satu gangsa).

Iklan

"Secara keseluruhannya, kontinjen Politeknik Malaysia membawa pulang lapan emas, enam perak dan empat gangsa, menempatkan mereka di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang UiTM dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Iklan

"VCS 2025 yang berlangsung dari 13 hingga 16 November menghimpunkan 838 atlet daripada 46 IPT seluruh negara dengan mempertandingkan tiga disiplin sukan tempur utama: taekwondo, karate dan silat," menurut kenyataan itu.

Dalam acara karate, Politeknik Malaysia turut menonjol dengan kutipan dua emas, dua perak dan dua gangsa, sekali gus menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UiTM.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPT, Fazidah Mustafa, bersama pimpinan tertinggi JPPKK serta pengurusan PSA.

Penganjuran VCS 2025 bukan sahaja menjadi pentas persaingan, malah berfungsi sebagai platform pemilihan atlet IPT untuk ASEAN University Games dan World University Games, di samping memperkukuh kemahiran teknikal dan ketahanan mental atlet muda negara.