Dr Rafiah genggam PhD di usia emas

Iklan
Bagi Rafiah, pencapaian itu adalah hasil gabungan semangat belajar tanpa mengenal usia, disiplin, dan pengalaman luas sebagai pengusaha prasekolah selama hampir tiga dekad. Foto: Universiti Teknologi MARA - Media rasmi

Menjadi nenek kepada empat cucu bukan penghalang bagi Dr Rafiah Kassim, 73, meraih Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan pada Istiadat Konvokesyen ke-103 Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Lebih membanggakan, beliau menamatkan pengajian dan penyelidikan berkaitan guru prasekolah hanya dalam tempoh tiga tahun.

Iklan
Iklan

Bagi Rafiah, pencapaian itu adalah hasil gabungan semangat belajar tanpa mengenal usia, disiplin, dan pengalaman luas sebagai pengusaha prasekolah selama hampir tiga dekad.

Foto: Universiti Teknologi MARA - Media rasmi

Iklan

Kesedaran untuk mengekalkan minda aktif dan berpengetahuan dalam pelajaran serta agama menjadi dorongan utama beliau.

"Belajar tidak mengenal usia. Kita tidak boleh membiarkan minda pasif. Saya memang berminat menyambung pengajian ketika muda, namun ketika itu banyak gangguan," katanya ketika ditemui.

Iklan

Rafiah antara 193 individu yang menerima PhD masing-masing daripada Pro Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada istiadat di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Foto: Universiti Teknologi MARA - Media rasmi

Ibu kepada tiga juruterbang itu berkata, pengajian di peringkat PhD dilakukan semata-mata untuk kepuasan diri dan bagi melengkapkan ilmu pengetahuan.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengurus prasekolah di Bangsar, Kuala Lumpur selama 27 tahun sebelum menutup operasinya dua tahun lalu.

"Bila mula, hanya enam murid hingga berkembang kepada 70 orang. Bila ramai, jangan terlalu fokus pada keuntungan. Semua orang sukakan wang, tetapi keikhlasan itu lebih penting. 

Foto: Universiti Teknologi MARA - Media rasmi

"Kita semua sama tanpa mengira kaya atau miskin, warna kulit atau agama," ujarnya.